Jennie Blackpink yang memilih untuk mengurus karier seninya tanpa agensi lama iaitu YG Entertainment mendedahkan tentang keputusan yang diambil.
Menurut Jennie dia mahu karier solonya tidak terikat dan boleh menjalankan promosi sendiri di bawah agens miliknya yang diberi nama ODD ATELIER.
“Saya mahu melakukan promosi dan mengurus karier solo dengan bebas sekaligus memperkukuhkan agensi saya,” kata Jennie sewaktu menjadi tetamu dalam program The Seasons - Lee Hyori's Red Carpet yang dihoskan Lee Hyori di KBS 2TV baru-baru ini.
Bercakap tentang pemilihan nama ODD ATELIER atau digelar OA yang ditubuhkan sejak November lalu, Jennie mendedahkan ia mengusung keinginannya untuk terus berkembang.
“ODD ATELIER adalah tentang kemahuan saya melakukan perkara dengan lebih baik dan berbeza daripada orang lain. Tolong sokong saya,” katanya.
Bintang berusia 27 tahun itu kemudian memberitahu meski banyak memberi fokus terhadap karier solo pada tahun ini, dia tidak pernah mempunyai masalah atau perseteruan dengan agensi lama.
Dia malah sangat bersyukur kerana telah berkesempatan menjadi salah seorang ‘anak’ di YG Entertainment.
“Saya hanya menjalani karier solo di bawah agensi sendiri tapi semua aktiviti berkaitan Blackpink masih diuruskan YG Entertainment.
“Saya telah lama bersama YG Entertainment. Inilah agensi tempat sejak saya menjadi trainee sehingga sekarang.
“Saya belajar banyak perkara di sini dan masih mempunyai hubungan yang baik,” akuinya. - Gempak
Gempak
Fri Jan 05 2024
Bintang berusia 27 tahun itu memberitahu, dia tidak pernah mempunyai masalah atau perseteruan dengan agensi lama. - Gambar Gempak
Laluan alternatif hubungkan Sibu-Kapit akan dibina
Satu jajaran jalan baharu akan dibina sebagai laluan alternatif yang akan menghubungkan Sibu dengan Kapit melibatkan jarak kira-kira 66 kilometer (km).
UNESCO anugerahkan hadiah kepada wartawan Palestin
Wartawan berkenaan dianugerahkan Hadiah Kebebasan Akhbar Dunia UNESCO/Guillermo Cano 2024 pada Khamis di Chile, lapor agensi berita Jerman (DPA).
Malaysia, Jepun bincang kerjasama perdagangan, pertanian
Malaysia dan Jepun mengadakan perbincangan dua hala yang antara lain menyentuh mengenai perdagangan, pertanian dan peranan Malaysia sebagai hab halal yang boleh dimanfaatkan negara itu.
Mohamad wakili PM ketengah isu kepentingan Islam
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan akan mengetuai delegasi Malaysia selaku wakil Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Sesi Ke-15 Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Banjul, Gambia dari 4 hingga 5 Mei ini.
Malaysia berpeluang berkembang dengan kemajuan teknologi
Mengambil contoh Malaysia sebagai negara berpendapatan sederhana, beliau berkata keutamaan yang harus dilijat ia seberapa cepat teknologi berkenaan boleh disebarkan ke seluruh ekonomi, dan memanfaatkan sektor seperti penjagaan kesihatan dan pendidikan.
Rakyat perlu kuasai AI untuk tentukan sendiri nilai moral, budaya - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.berkata jika AI tidak dikuasai, nilai dan moral dalam teknologi itu akan ditentukan oleh pihak-pihak yang menguasainya terutama dari barat.
Tiga pegawai polis ditahan
Tiga pegawai kanan polis berpangkat ACP, DSP dan Inspektor yang disyaki terlibat dalam kes pemerasan berjumlah RM1.25 juta ditahan di sekitar Jalan Tun Razak, di sini pada Jumaat.
Khilaf dalam kalangan ulama adalah 'rahmat' jika dikawal dan dijaga - Anwar
Penerimaan kepada pandangan yang berbeza merupakan amalan yang sihat dalam memberikan orang ramai kefahaman yang mendalam terhadap sesuatu perkara.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 3 Mei 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tinggalkan YG Entertaiment untuk karier solo, Jennie Blackpink dedah maksud agensi miliknya ODD ATELIER
Jennie Blackpink yang memilih untuk mengurus karier seninya tanpa agensi lama iaitu YG Entertainment mendedahkan tentang keputusan yang diambil.
"Kami masih berbincang" - Agensi nafi Lisa Blackpink tolak tawaran kontrak baharu
Dalam satu kenyataan, agensi itu memaklumkan perbincangan antara kedua pihak masih berjalan.
Kaitkan isu dadah, agensi pengurusan Blackpink bakal ambil tindakan tegas
Agensi pengurusan Blackpink, YG Entertainment merancang mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang mengaitkan anggota kumpulan itu, Rose dengan penyalahgunaan dadah.
Album kedua Blackpink ungguli carta iTunes di 54 buah negara
Album yang menampilkan lapan buah lagu termasuk lagu hit, Pink Venom kekal menjadi pilihan tertinggi pendengar di seluruh dunia
T.O.P 'BIGBANG' tinggalkan YG Entertainment selepas 16 tahun bersama
Keputusan itu dibuat selepas kontraknya bersama YG Entertainment tamat.
Lisa Blackpink positif COVID-19
Tiga lagi ahli Blackpink walau bagaimanapun tidak disenaraikan sebagai kontak rapat Lisa.
Isu skandal seks: Psy mengaku berkawan dengan Jho Low
PSY dan Jho Low telah menjadi buah mulut orang ramai selepas nama mereka dipetik oleh sebuah syarikat program televisyen di Korea.
BLACKPINK Jennie tampil dengan imej baharu, sedia untuk 'Kill This Love'
Selepas anggota kumpulan K-Pop terkemuka BLACKPINK, Lisa memuat naik gambarnya yang bersedia untuk comeback, ini pula giliran Jennie.
#KillThisLove bakal menjadi fenomena baharu selepas ddu-du ddu-du?
Tajuk lagu utama "Kill This Love," dalam album baharu bakal menjadi kegilaan seperti "ddu-du ddu-du" dari kumpulan BLACKPINK.
BLACKPINK 'comeback' hujung Mac, ringankan beban kewangan YG Entertainment?
Mampukah 'comeback' BLACKPINK meringankan beban YG Entertainment yang dibelenggui skandal seks susulan penglibatan bekas anggota Big Bang, Seungri?