BUAT pertama kalinya pada tahun ini, tiga buah saluran utama iaitu Astro Ria (104), Astro Prima (105) dan Astro Warna (132) bakal bergabung tenaga membawakan para penonton sebuah program yang cukup menarik yang akan bersiaran secara langsung pada malam hari raya.

Program yang diberi nama Menang Raya! bakal membawakan penonton terutamanya umat Islam yang bakal menyambut kedatangan Hari Raya Aidilfitri untuk menyaksikan sendiri keriuhan dan kegembiraan para selebriti tanah air membuat persiapan hari raya.

Istimewa program Menang Raya ialah gabungan empat selebriti terkenal tanah air sebagai pengacara iaitu Datuk Aznil Haji Nawawi, Kak Engku (Raja Azura), Pelawak Johan dan Jihan Muse yang pastinya membuatkan anda tidak kering gusi.

Mereka berempat turut ditemani dengan barisan artis popular tanah air yang turut akan membuat persembahan istimewa di malam hari raya.

Apa yang lebih menarik menerusi program Menang Raya ialah penonton turut ditawarkan hadiah utama berupa sebuah kereta serta pelbagai hadiah menarik daripada Astro Go Shop untuk dimenangi!

Nak tahu apakah aktiviti menarik, barisan artis jemputan istimewa dan bagaimana untuk memenangi hadiah-hadiah lumayan dalam program Menang Raya?

Jangan lupa untuk menonton program Menang Raya yang dihoskan oleh Datuk Aznil Haji Nawawi, Kak Engku (Raja Azura), Pelawak Johan dan Jihan Muse pada 16 Julai atau di malam hari raya bermula jam 9.15 malam hanya di Astro Ria (104) , Astro Ria HD (123), Astro Warna (132), Astro Prima (105), Maya HD (135) dan Mustika HD (134).