SUAMI kepada pelakon Mawar Rashid, Raf Yaakob meluahkan rasa kecewa dengan tohmahan dan hinaan yang dilemparkan oleh segelintir individu terhadap isterinya kerana tidak bertudung.

Raf atau nama sebenarnya Raden Ahmad Faizal Yaakob, 32, menyatakan kekecewaan menerusi akaun Instagramnya pada Jumaat.

Menurut Raf, mereka tidak seharusnya menilai keperibadian seseorang hanya melalui penampilan luaran.

“Nilailah seseorang itu menerusi dalaman beliau dan bukannya luaran. Apa guna bertudung kalau hati hitam asyik nak ‘condemn’ dan cari salah orang.

Playing god much? Who are we to judge seriously? Think about it. I rather be friends with someone yang hatinya bersih.

“Jika anda tidak mempunyai kata-kata yang baik untuk diucapkan rasanya lebih baik anda mendiamkan diri sahaja.

"Doakan yang baik-baik saja kan lebih afdal. Terpulanglah. Tepuk dada tanya selera. #MawaRaf is not here to please everyone. Salam Jumaat. #JanganTerasa #SayaIkhlasDalamBerkatakata,” tulisnya.

Dalam pada itu, Raf juga akui merasa agak sedih kerana masih terdapat individu yang mendakwa sudah memperoleh hidayah namun masih merendah-rendahkan orang lain dengan kata-kata yang kurang manis.

“Ramai betul yang tak baca betul and tak faham kenyataan Raf. Saya tidak kata kepada SEMUA yang bertudung sebaliknya ditujukan kepada SESETENGAH mereka yang bertudung tapi dok maki-maki ‘condemn’ sana sini.

“Janganlah yang bertudung lain pun terasa sama. I’m directing to a certain group of people only. Bertudung itu wajib takkan la saya tak tahu.

“Sampai masa dia pakailah. Dulu sebelum kahwin, kecam bila nak kahwin. Kahwin tak sampai sebulan, dah kecam tak pakai tudung.

“Sabarlah kalian. ‘Step by step’. Doakan yang baik-baik saja. Tak perlu nak maki-maki sana sini.

"Keluarga saya dan keluarga Mawar pun tidak macam itu. Harap ini akan menjelaskan segalanya dan ini adalah kali terakahir saya akan bercakap mengenai hal ini,” tulisnya.

Sebelum ini, Mawar teruk dikritik akibat menari di majlis resepsi perkahwinan mereka yang berlangsung baru-baru ini.

Tindakannya itu dianggap sebagai kurang sopan untuk dilakukan dalam majlis resepsi.