ENTERTAINMENT
Ulang tahun ke-10, apa kejutan One Direction untuk peminat?

Apakah kejutan yang akan diberikan One Direction? -Gambar fail
KEMBALI bersama atau akan ada lagu baharu yang bakal diterbitkan?
Mungkin itu menjadi persoalan yang bermain di fikiran peminat-peminat boy band terkemuka One Direction.
Mana tidaknya, selepas tidak aktif di laman sosial sejak 2016, kumpulan yang dianggotai oleh Harry Styles, Nial Horran, Liam Payne, Louis Tomlinson dan Zayn Malik itu memuat naik gambar di laman sosial dengan gambar hitam-putih sederhana yang berbunyi "10 Tahun One Direction."
"Esok! (Khamis) anda dan saya mempunyai banyak sejarah" kapsyen ringkas yang ditulis pada entri tersebut pada rabu.
Apakah kejutan yang akan diberikan? Sama-sama kita nantikan pengumuman daripada kumpulan tersebut.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami