awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Umairah kini miliki single raya pertama berjudul 'Tak Balik Raya'

Gempak
Gempak
10/03/2025
04:20 MYT
Umairah kini miliki single raya pertama berjudul 'Tak Balik Raya'
Menurut Umairah (foto), "Tak Balik Raya" menceritakan realiti sebenar yang dialami oleh anak rantau setiap kali menjelang musim perayaan. -Gempak
SN Legacy Sdn Bhd baru-baru ini mengumumkan pelancaran single raya terbaharu berjudul "Tak Balik Raya" daripada penyanyi, Umairah.

Ringkasan AI
  • SN Legacy Sdn Bhd melancarkan single raya "Tak Balik Raya" oleh Umairah, yang menceritakan realiti anak rantau semasa perayaan.
  • Lagu ini mendapat sambutan positif dan mudah diingati, dengan lirik dan muzik yang sesuai dengan emosi remaja.
  • "Tak Balik Raya" telah dilancarkan di semua platform penstriman digital dan dipromosikan oleh Universal Music Sdn Bhd.

Mudah diingati
Menurut Umairah, "Tak Balik Raya" menceritakan realiti sebenar yang dialami oleh anak rantau setiap kali menjelang musim perayaan.
“Lagu ini mudah melekat di ingatan dan sejak saya mengeluarkan `teaser’ atau petikan awal lagu ini, saya menerima komen positif dari warganet.
“Saya juga terharu dengan sokongan yang diberikan kepada saya sebagai artis baharu dalam industri muzik,” ujarnya.
Seakan-akan jatuh cinta pandang pertama, demo lagu raya yang diberikan beberapa bulan lalu telah menambat hati Umairah.
“Saya tidak menunggu lama untuk bersetuju memilih dan merakamkan lagu ini. Muzik dan emosi lagu ini juga sesuai dengan usia remaja saya,’’ katanya.
"Tak Balik Raya" merupakan lagu dan lirik ciptaan Mas Dewangga dan Jova Devito.
Video muzik untuk lagu ini diproduksi oleh Rio Films dan diarahkan oleh Rifaiee Rio.
Umairah atau lebih mesra dengan panggilan Umai ini juga turut menampilkan penari pengiring yang terdiri daripada rakan-rakannya di Sekolah Seni Malaysia Kuala Lumpur.
Bagi Umairah, dia mahu berkongsi bakat dan memberikan peluang kepada rakan-rakan yang berbakat dan belajar dalam bidang tari di sekolahnya.
"Tak Balik Raya" menampilkan lirik mengenai dilema seseorang yang terpaksa menyambut hari raya berjauhan dengan keluarga kerana terpaksa bekerja.
Lagu ini bukan sahaja menyampaikan emosi rindu dan sayu tetapi menyuntik elemen kegembiraan dengan melodi yang segar.
Lagu "Tak Balik Raya" mendapat kepercayaan pihak Universal Music Sdn Bhd sebagai pengedar yang turut membantu mempromosikan lagu ini terutamanya pada bulan Ramadan dan Syawal.
Lagu ini telah pun dilancarkan di semua platform penstriman digital.
Terdahulu, Umairah sebelum ini merupakan juara kategori vokal (junior) di World Championships Of Performing Arts 2024 di Los Angeles, Amerika Syarikat. -Gempak
Topic Berkaitan
#Umairah
#SN Legacy Sdn Bhd
#Tak Balik Raya
#Mas Dewangga dan Jova Devito
#anak rantau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan