awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Umarul IKLIM dikejarkan ke hospital akibat sesak nafas

Raja Hisyam Raja Zaid
Raja Hisyam Raja Zaid
22/01/2024
01:45 MYT
Umarul IKLIM dikejarkan ke hospital akibat sesak nafas
Keadaan Umarul ketika menjalani rawatan di Hospital Kajang. - Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Gitaris kumpulan IKLIM, Umarul Mahdzar Embong dikejarkan ke Hospital Kajang pada Ahad selepas mengalami sesak nafas yang serius.
Bagaimanapun ketika ini dia dilaporkan stabil selepas sehari menjalani rawatan di hospital berkenaan.
Umarul yang dihubungi Astro AWANI pagi ini berkata, dia tiba-tiba sukar untuk bernafas petang semalam sebelum menghubungi anak saudarannya bagi meminta bantuan.
"Semalam masa keadaan hujan yang agak lebat nafas saya tiba-tiba tercungap dan sukar untuk bernafas.
"Keadaan itu buatkan saya seakan di hujung nyawa namun syukur anak saudara saya sempat menghubungi pihak hospital yang kemudiannya menghantar ambulans ke rumah saya di Kajang," jelasnya.
Keadaan Umarul sebenarnya bertambah sukar kerana dia juga pada masa yang sama menjaga isterinya yang buta dan diserang angin ahmar.
Malah isterinya itu tidak dapat bergerak dan hanya mampu terbaring di katil.
Perkembangan ini sudah pastinya akan menyukarkan lagi keadaannya yang kini dalam perancangan untuk menjalani proses rakaman 'single' bersama IKLIM.
Topic Berkaitan
#Umarul Mahdzar Embong
#Hospital
#sesak nafas
#iklim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan