ENTERTAINMENT
UNESCO nafi terlibat anugerah diterima Syahrini di Cannes

Syahrini sebelum ini mendakwa menerima anugerah berprestij daripada UNESCO melalui platform Princess Charleen Foundation dan Listen To Her Parole, serta memuat naik gambar trofi dan poster acara di media sosial. -Media Hiburan
PERTUBUHAN Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) menafikan penglibatannya dalam penganugerahan yang diterima selebriti Indonesia, Syahrini, dalam sebuah acara yang berlangsung di Cannes, Perancis, baru-baru ini.
Ringkasan AI
- UNESCO menafikan penglibatannya dalam penganugerahan yang diterima oleh selebriti Indonesia, Syahrini, dalam satu acara di Cannes, Perancis, dan menyatakan ia bukan pengiktirafan rasmi daripada organisasi tersebut.
- Syahrini sebelum ini mendakwa menerima anugerah berprestij daripada UNESCO melalui platform Princess Charleen Foundation dan Listen To Her Parole, serta memuat naik gambar trofi dan poster acara di media sosial.
- Kenyataan rasmi UNESCO menimbulkan persoalan terhadap kesahihan anugerah tersebut dan mencetuskan pelbagai reaksi daripada netizen.
Sebelum ini, Syahrini mencuri perhatian ramai selepas memuat naik kenyataan dan beberapa gambar di media sosial, mendakwa menerima anugerah daripada UNESCO melalui platform Listen To Her Parole dan Princess Charleen Foundation.
Menerusi hantaran tersebut, Syahrini dilihat memegang sebuah trofi yang tertera logo UNESCO serta nama Guila Clara Kessous, seorang UNESCO Artist for Peace, bersama nama Foundation Princess Charlene de Monaco.
Turut dimuat naik ialah poster acara yang tertera tulisan ‘Cannes Award is Presented to Mrs Syahrini for Outstanding Achievement in Entertainment, Influence, & Global Cultural Impact’, bersama logo United Society Council.
“Saya sangat bangga menerima anugerah yang berprestij dan luar biasa daripada UNESCO melalui platform ‘Princess Charleen Fondation & Listen To Her Parole’,” tulis isteri kepada Reino Barack itu di ruangan kapsyen foto yang dimuat naik di Instagram peribadi pada 16 Mei lalu.
Bagaimanapun, kenyataan rasmi UNESCO itu menimbulkan persoalan terhadap kesahihan pengiktirafan yang diterima oleh Syahrini, selain mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen. -Media Hiburan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami