awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kakak bomba antara barisan hadapan operasi kebakaran tanah gambut di Simpang Renggam
Inkues Zara Qairina: Ibu Pelajar A sebak, dakwa anak masih digelar ‘pembunuh’ di sekolah baharu
Penilai bebas sahkan sistem aerotren KLIA berfungsi ikut perancangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Unit Forensik Hospital Kajang tunggu waris Allahyarham Ross Ariffin

Faida Rahim
Faida Rahim
03/08/2025
01:00 MYT
Unit Forensik Hospital Kajang tunggu waris Allahyarham Ross Ariffin
Pengurusan Unit Forensik Hospital Kajang pada ketika ini sedang menunggu ketibaan waris Allahyarham Ross Ariffin yang meninggal dunia pada jam 5.30 petang semalam sebelum jenazah komposer terkenal itu diuruskan.
KAJANG: Pengurusan Unit Forensik Hospital Kajang pada ketika ini sedang menunggu ketibaan waris Allahyarham Ross Ariffin yang meninggal dunia pada jam 5.30 petang semalam sebelum jenazah komposer terkenal itu diuruskan.
Astro AWANI difahamkan, proses pengurusan jenazah Allahyarham Ross akan dimulakan selepas waris Allahyarham atau pihak Rumah Seri Kenangan Cheras tiba.
“Kami masih tunggu waris Allahyarham datang dan kemudian lakukan proses seterusnya (pengurusan jenazah),” kata seorang kakitangan di unit berkenaan kepada Astro AWANI.
Difahamkan, wakil dari Rumah Seri Kenangan Cheras akan tiba pagi ini.
Ross yang mencipta lagu-lagu popular era 1990-an menghembuskan nafas terakhir pada usia 63 tahun semalam akibat jangkitan kuman.
Allahyarham sebelum ini menghuni Rumah Kenangan Cheras sejak November tahun lalu dan ditempatkan di rumah kebajikan itu atas inisiatif Kementerian Komunikasi.
Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkongsi berita sedih pemergian Allahyarham Ross melalui hantaran Facebook (FB), malam tadi.
Sepanjang kariernya, Allahyarham Ross banyak menghasilkan lagu untuk ramai penyanyi hebat tanah air seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk Aishah, Liza Aziz, Jaclyn Victor dan Fauziah Latiff.
Antara lagu popular ciptaan Ross ialah Bersamamu dendangan Ziana Zain, Dia (Fauziah Latiff), Kemaafan Dendam Yang Teindah (Aishah) dan Kau Dan Aku (Ning Baizura).
Topic Berkaitan
#Ross Ariffin
#Ross Ariffin meninggal dunia
#komposer
#Unit Forensik Hospital Kajang
#Fahmi Fadzil
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan