awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Usia hampir cecah 50 tahun, ini sebab Azhan Rani membujang lagi!

Gempak
Gempak
05/09/2023
01:30 MYT
Usia hampir cecah 50 tahun, ini sebab Azhan Rani membujang lagi!
Menurut Azhan, dia selesa dengan kehidupannya dan tidak menghiraukan pandangan orang sekeliling. - Foto Gempak
Pelakon Azhan Rani mengakui dirinya masih belum terfikir untuk menamatkan zaman bujang meskipun usianya hampir mencecah 50 tahun.
Azhan, 47, berkata dia kini lebih suka memberi tumpuan kepada kerjaya seninya serta dalam masa yang sama sedang menjaga ibunya yang uzur.
“Saya tak pernah fikir pun soal jodoh ini. Antara sebabnya adalah kerana saya fokus pada komitmen kerjaya dan saya menjaga ibu yang sedang uzur.
“Bila saya tiada komitmen keluarga sendiri, saya ada banyak masa untuk menjalankan tanggungjawab pada ibu berbanding adik-beradik lain yang sudah berkeluarga.
“Saya tak nak kata itu satu pengorbanan kerana ia merupakan tanggungjawab,” katanya kepada Gempak.
Azhan berkata demikian ketika ditemui pada tayangan perdana filem Tebus baru-baru ini.
Menurut Azhan lagi dia sudah mula selesa dengan kehidupannya kini dan tidak menghiraukan pandangan orang sekeliling.
"Saya tak sunyi pun. Saya ada banyak aktiviti yang boleh dilakukan. Saya ada kucing dan ibu yang menemani hari-hari saya.
“Saya juga meraikan sahaja pertanyaan mereka tentang soal kahwin kerana saya faham mereka cuma prihatin terhadap diri saya," ujarnya.
Selain Azhan, Tebus yang sudah mula ditayangkan di platform penstriman digital Prime bermula 31 Ogos lalu turut dibintangi oleh Ahirine Ahiruddin, Aedy Ashraf, Idan Aedan, Jay Iswazir dan ramai lagi.
Topic Berkaitan
#bujang
#jodoh
#ibu uzur
#Azhan Rani
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan