KUALA LUMPUR: Pengarah filem tersohor, U-Wei Saari dilantik sebagai ketua juri untuk pemilihan Dokumentari Terbaik bagi Festival Filem Antarabangsa Moscow, Rusia.
Selain U-Wei beberapa pengarah lain dari Rusia dan Kazakhstan turut diundang sebagai juri di festival yang akan berlangsung hujung bulan ini.
Sebelum ini, anak kelahiran Mentakab itu pernah beberapa kali diundang sebagai juri di beberapa festival filem antarabangsa di luar negara.
"Minat saya terhadap filem-filem dokumentari selain filem fiksyen antara sebab untuk penganjur mengundang saya sebagai ketua juri.
"Kami akan menghakimi atau memberi penilaian kepada filem-filem dokumentari yang mana kita harus sanjung hingga diberi anugerah mungkin," katanya kepada Astro AWANI.
Pemilihan U-Wei sebagai ketua juri di festival filem peringkat antarabangsa merupakan satu penghormatan kepada dunia perfileman negara.
Filem Kaki Bakar arahan U-Wei yang dihasil berdasarkan novel Barn Burning karya penulis Amerika Syarikat, William Faulkner merupakan filem pertama dari Malaysia yang diundang ke Festival Filem Cannes.
Selepas Kaki Bakar, filem arahannya, Sepohon Rambutan Indah Kepunyaan Ku Di Tanjung Rambutan turut diundang untuk The Directors' Fortnight di festival filem yang sama pada 2006.
Irwan Muhammad Zain
Wed Aug 24 2022
Selain U-Wei beberapa pengarah lain dari Rusia dan Kazakhstan turut diundang sebagai juri di festival yang akan berlangsung hujung bulan ini. - Gambar Astro AWANI
TPM Fadillah bertemu Menteri Air Palestin, zahirkan kesediaan Malaysia pulihkan bekalan air
Malaysia bersedia untuk membaiki atau membina semula sistem bekalan air bersih pasca konflik di Semenanjung Gaza, Palestin.
Tiga warga Myanmar ditahan masuk ke Malaysia melalui Sungai Golok
Tiga lelaki warga Myanmar ditahan ketika cuba masuk ke negara ini melalui Sungai Golok, malam tadi.
JKDM rampas minuman keras, rokok seludup bernilai lebih RM500,000
JKDM berjaya mematahkan cubaan menyeludup rokok dan minuman keras pelbagai jenama bernilai lebih RM500,000 di Johor.
Ejen insurans didakwa rompak lelaki sehingga cedera
Seorang ejen insurans mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan rompakan dan menyebabkan kecederaan terhadap seorang lelaki.
Keluarga tular bawa bayi naik motosikal ke hospital dapat perhatian PM
Gambar sebuah keluarga yang tular memaparkan ibu menggendong bayinya yang bergantung kepada alat bantuan pernafasan mendapat perhatian Perdana Menteri.
Pasangan kekasih buang bayi direman tiga hari
Mahkamah Majistret Kemaman membenarkan reman tiga hari terhadap seorang wanita yang disyaki membuang bayi lelakinya berusia seminggu.
Piala Dunia ISTAF: Skuad doubles teruskan kemaraan ke separuh akhir
Skuad doubles negara berjaya melangkah ke separuh akhir Piala Dunia ISTAF selepas mengatasi Korea 2-1 dalam perlawanan di Stadium Titiwangsa.
Warga emas hidap masalah pendengaran boleh jejas rutin harian - Pakar
Kesan hilang sensitiviti deria pendengaran bagi seorang dewasa dan warga emas memberi kesan yang berbeza.
Melaka tunggu garis panduan untuk pelaksanaan kenaikan gaji penjawat awam negeri
Kerajaan negeri Melaka sedang menunggu garis panduan berkaitan pelaksanaan kenaikan gaji penjawat awam daripada kerajaan Persekutuan.
[TERKINI] Keadaan Koperal Hasif stabil, masih dirawat di HSI
Anggota polis, Koperal Mohd Hasif Roslan yang cedera ditembak dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram masih menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail, di Johor Bahru.
Ismail Sabri ucap tahniah U-Wei terpilih Ketua Juri Festival Filem Antarabangsa Moscow
Perdana Menteri sifatkan pemilihan U-Wei merupakan satu penghormatan kepada dunia perfileman negara.
U-Wei berucap, umum pemenang dalam Bahasa Melayu di Festival Filem Antarabangsa Moscow
U-Wei memilih untuk menggunakan Bahasa Melayu sebagai salah satu cara beliau memartabatkan bahasa ibunda.
U-Wei diundang sebagai ketua juri untuk pemilihan dokumentari di Festival Filem Antarabangsa Moscow
Sebelum ini, U-Wei juga pernah beberapa kali diundang sebagai juri di beberapa festival filem antarabangsa di luar negara.