SIRI drama rangkaian HBO 'Sesame Street' dan 'Game Of Thrones' telah berganding untuk menyampaikan satu mesej positif kepada penonton.
Menerusi hashtag #RespectIsComing, akaun Twitter rasmi Sesame Street berkongsi sebuah video 'mash-up' yang memaparkan karakter kegemaran orang ramai, Elmo bertemu watak Tyrion dan Cersei Lannister daripada siri Game of Thrones.
Dalam video tersebut, watak Tyrion (Peter Dinklage) dan watak Cersei (Lena Headey) dilihat sedang berbalah sesama sendiri.
“You can’t ignore me forever.”
“I only want what’s best for Westeros,” kata Tyrion kepada Cersei.
“And I only want for you to not get what you want,” sambung Cersei.
Perbualan mereka kemudian diganggu oleh watak Elmo yang tiba untuk membantu dua rakan tersebut.
Elmo meminta Tyrian dan Cersei untuk menghormati satu sama lain walaupun mempunyai perbezaan pendapat bagi menjalinkan hubungan yang lebih baik.
“Elmo thinks that you two need to respect each other. When Elmo has a problem with his friends like Abby (Cadabby) or Cookie Monster, Elmo doesn’t get upset ... Elmo listens and learns from what they have to say,” kata Elmo kepada mereka.
Video tersebut kemudian mendapat sambutan hangat dalam kalangan netizen yang rata-rata kagum dengan gandingan dua watak tersebut.
Difahamkan, kerjasama antara dua siri rangkaian HBO itu bertujuan untuk menyebarkan kepentingan budaya hormat-menghormati antara satu sama lain walaupun berlainan pendapat.
Kempen yang dipanggil "Respect Brings Us Together" dikatakan akan dijalankan sehingga akhir tahun ini.
Astro Awani
Sat Apr 20 2019
Siri drama rangkaian HBO Sesame Street dan Game Of Thrones telah berganding untuk menyampaikan satu mesej positif kepada penonton. - Foto Twitter/Sesame Street
Keselamatan siber: Keterangkuman, kepelbagaian perkasa sumbangan wanita - Noraini
Wanita harus mula memberi fokus dan penekanan terhadap keterangkuman dan kepelbagaian perspektif bagi menangani cabaran industri dengan berkesan.
PM nafi kerajaan beri lesen kasino di Forest City
Perdana Menteri menafikan laporan yang mendakwa kerajaan akan mengeluarkan lesen untuk pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
Nahas helikopter Lumut: Hina anggota TLDM terkorban, polis siasat Saifuddin Shafik
Polis menyiasat pemilik akaun, Saifuddin Shafik yang dipercayai memuat naik hantaran jelik berkaitan insiden kemalangan melibatkan helikopter TLDM.
SSPA terbaik pernah diperkenalkan kerajaan - PM Anwar
Beliau berkata, usaha tersebut diharap dapat menjadi motivasi buat penjawat awam untuk meningkatkan produktiviti, dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
Kes model sambilan bunuh teman lelaki: Tarikh baharu sebutan ditetap 28 Mei
Mahkamah Majistret menetapkan 28 Mei ini sebagai tarikh baharu sebutan kes seorang model sambilan wanita yang didakwa membunuh teman lelakinya.
Pantau Agenda Reformasi: Misi Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza
Pantau Agenda Reformasi hari ini membawakan Profesor Hubungan Antarabangsa di Fakulti Undang-Undang dan Hubungan Antarabangsa di UNISZA, Prof Dr Mohd Afandi Salleh, yang juga merupakan bekas peserta misi Flotilla ke Gaza pada 2018, berkongsi pengalamannya ketika ditahan pihak rejim Israel sewaktu misi tersebut. Antara lain perbincangan tertumpu ke arah aspek hubungan antarabangsa serta undang-undang di perairan antarabangsa.
Nahas helikopter Lumut: Mindef pertimbang keperluan teliti SOP latihan udara - Mohamed Khaled
Mindef akan mempertimbangkan keperluan untuk meneliti semula SOP latihan udara membentuk formasi penerbangan lintas hormat bagi mengelak tragedi.
Keselamatan siber: Keterangkuman, kepelbagaian perkasa sumbangan wanita
Wanita harus mula memberi fokus dan penekanan terhadap keterangkuman dan kepelbagaian perspektif bagi membolehkan mereka menangani cabaran industri dengan berkesan.
Penyerang Kamal Adli dijatuhkan hukuman lebih 2 tahun oleh mahkamah Singapura
Lelaki yang menyerang pelakon Malaysia, Kamal Adli menggunakan belantan tahun lepas, dijatuhkan hukuman penjara dua tahun, empat bulan dan dua minggu.
Peruntukan pembangkang: Terserah Muhyiddin untuk persoal keikhlasan kerajaan - Fadillah
Beliau enggan melayani sindiran bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin tentang isu tersebut.
Watak Games Of Thrones, Tyrion dan Cersei 'disekolahkan' Elmo?
Siri drama rangkaian HBO Sesame Street dan Game Of Thrones telah berganding untuk menyampaikan satu mesej positif kepada penonton.