Star Wars: The Last Jedi filem yang paling dinanti-nantikan tahun ini membuka tayangannya di Eropah pada selasa.
Ramai yang teruja bagi mengetahui kesinambungan francais filem sains fiksyen ini. Begitu juga dua putera diraja Britain Putera Williams dan adiknya Putera Harry.
Bukan sekadar peminat biasa Williams dan Harry sebenarnya tampil sebagai pelakon tambahan dalam filem arahan Ryan Johnson itu.
Pelakon John Boyega ketika mengesahkan perkara itu memaklumkan Williams dan Harry membuat penampilan singkat sebagai Stormtroopers. Ini bermakna penonton tidak akan dapat melihat wajah mereka dalam filem itu.
Spekulasi mengenainya mula tersebar tahun lalu selepas Williams dan Harry melawat set penggambaran filem berkenaan di Pinewood Studios pada April 2016.
Sebelum ini pelakon James Bond, Daniel Craig pernah buat penampilan khas dalam Star Wars: The Force Awakens juga sebagai Stormtroopers.
Tayangan amal Star Wars: The Last Jedi di Royal Albert Hall
Sementara itu Williams dan Harry menyertai barisan pelakon Star Wars :The Last Jedi dalam tayangan amal filem itu di Royal Albert Hall London. Antara yang turut serta termasuk ikon filem berkenaan Mark Hamill dan Daisy Ridley.
Tayangan anjuran Yayasan Diraja yang dinaungi William, isterinya Kate Middleton dan Harry itu bertujuan meraikan 400 tetamu termasuk veteran perang dan sukarelawan yang menyumbang kepada yayasan itu.
Turut diundang beberapa keluarga yang terjejas dalam kebakaran Menara Grenfell jun lalu termasuk mereka yang membantu mangsa tragedi berkenaan.
Astro Awani
Tue Dec 12 2017
Putera William dan Puter Harry ketika menghadiri tayangan amal Star Wars: The Last Jedi di Royal Albert hall London. - Foto AP
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Warga emas guna PPR sebagai lokasi transit PATI
Seorang lelaki berusia 62 tahun ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah selepas menyimpan 22 PATI warga Myanmar di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) miliknya di Kuala Nerang, Kedah sebelum dihantar ke ejen pekerjaan di Pulau Pinang.
Nilai ringgit kukuh, inflasi terkawal petanda positif lonjakan pertumbuhan negara
Nilai Ringgit yang kembali pulih, inflasi kekal terkawal serta kadar pengangguran kekal rendah merupakan antara petanda positif yang akan melonjakkan keyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi negara.
Zon khas untuk jual barangan tanpa subsidi bakal diperkenal
Kerajaan bakal memperkenal zon khas di kawasan sempadan untuk penjualan barangan tanpa subsidi bagi menangani aktiviti penyeludupan dan ketirisan barang kawalan.
Jenazah bayi ditahan: Laporan KKM siap selewat-lewatnya minggu depan
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzukelfy Ahmad memohon orang ramai memberi ruang kepada siasatan, ekoran keunikan kes tersebut.
[TERKINI] Polis rakam keterangan empat individu, jenazah bayi dalam peti sejuk
Polis merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
AWANI Ringkas: Spekulasi Tengku Zafrul tinggalkan UMNO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
William dan Harry sah muncul dalam Star Wars: The Last Jedi
Williams dan Harry membuat penampilan singkat sebagai Stormtroopers. Ini bermakna penonton tidak akan dapat melihat wajah mereka dalam filem itu.
Star Wars: The Last Jedi tayang di Malaysia 14 Disember ini
Disney mengumumkan filem 'Star Wars' seterusnya bertajuk 'Star Wars: The Last Jedi' akan ditayangkan pada 15 Disember tahun ini.