awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Zizan Razak dijangkiti Influenza A

Faris Danial Razi
Faris Danial Razi
19/12/2019
10:43 MYT
Zizan Razak dijangkiti Influenza A
Zizan Razak berkongsi gambar dia sedang dirawat di sebuah hospital kerana dijangkiti virus Influenza A. - Gambar Instagram ZIZAN RAZAK
PELAWAK, pelakon dan pengacara terkenal, Zizan Razak dijangkiti virus Influenza A dan kini sedang dirawat di sebuah hospital swasta di ibu negara.
Zizan, 35, memaklumkan perkembangan itu di akaun Instagram peribadinya pada Khamis dengan memuat naik sekeping gambar dia sedang terbaring di hospital.
Menurutnya, pada masa ini, dia sedang menerima rawatan dan berada di bawah pemantauan doktor.
“Kini Zizan masih lagi dalam rawatan dan pemantauan pihak hospital kerana terkena virus Influenza A,
“Yang cuma satu A dan bukan 9A sepertimana keputusan peperiksaan SPM,” jelas Zizan sambil berseloroh kepada pengikutnya di Instagram.
Pada masa sama, Zizan yang kini sedang menjalani penggambaran filem Polis Evo 3 sekali gus dihimpit dengan kesibukan jadual kerja sehingga tahun depan sempat menasihati orang ramai agar lebih berwaspada jika menjalankan aktiviti luar.
“Jadi nasihat Zizan pada semua berhati hatilah bila ke tempat awam. Pakailah topeng atau apa saja untuk mengelak dari terkena apa apa jangkitan yang datang dari udara yang kita tidak Nampak,” tambahnya lagi.
View this post on Instagram
Assalamualaikum dan maaf untuk lama tidak update dimedia sosial. Cuma ingin memberitahu pada semua yang mengenal Zizan. Kini Zizan masih lagi dalam rawatan dan pemantauan pihak hospital kerana terkena virus Influenza A. Yang cuma satu A dan bukan 9A sepertimana keputusan peperiksaan SPM. Tapi sekurangnya ada A dalam pengalaman kehidupan. Jadi nasihat Zizan pada semua berhati hatilah bila ketempat awam. Pakailah topeng atau apa saja untuk mengelak dari terkena apa apa jangkitan yang datang dari udara yang kita tidak nampak. Kalau terlupa bawak topeng pinjam je boxer kawan atau boyfriend janji hidup anda sihat sejahtera. Dan Zizan dapat info sekarang memang ramai yang terkena virus influenza samada A atau B bergantung kepada kecermelangan anda. Dan doakan Zizan cepat sembuh ya. Dan terima kasih kepada yang kasi bunga serta buah dan yang mendoakan buat Zizan. I love u guys. #zizanrazak #polisevo3
A post shared by Z I Z A N R A Z A K (@zizanrazak869) on
Dec 18, 2019 at 11:55pm PST
Pemegang watak utama filem Polis Evo 3 ini turut menyedari ketika ini, ramai yang senasib dengannya dijangkiti virus berkenaan.
“Zizan dapat info sekarang memang ramai yang terkena virus influenza samada A atau B bergantung kepada kecemerlangan anda” jelasnya.
Sementara itu, Zizan memohon supaya orang ramai mendoakan agar beliau cepat sembuh dan sempat berterima kasih kepada kenalan yang telah menziarahinya di hospital.
Filem Polis Evo 3 arahan Syafiq Yusof yang bakal ditayangkan tidak lama lagi menampilkan banyak waak baharu.
Selain Zizan, Shaheizy Sam dan Nora Danish, Polis Evo 3 juga dibintangi oleh Syafiq Kyle, Fauzi Nawawi, Eyka Farhana, Farali Khan dan ramai lagi.
Untuk rekod, filem Polis Evo 2 yang ditayangkan pada tahun lalu mendapat kutipan pecah panggung lebih RM20 juta berbanding filemnya yang pertama yang hanya meraih kutipan sebanyak RM17.8 juta pada 2015.
Topic Berkaitan
#Hospital
#Influenza A
#Instagram
#pelakon
#pelawak
#Polis Evo 3
#Zizan Razak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan