Walaupun mempamerkan pelawanan yang menarik namun nasib tidak menyebelahi Terengganu FC apabila terpaksa akur tewas menerusi penentuan penalti 4-1 ke atas Perak.
Menerusi entri di Instagram, Zizan menganggap kekalahan yang dihadapi Terengganu FC itu adalah untuknya melihat pelakon Mira Filzah untuk tersenyum.
"Now I tau kenapa I dilahirkan di Terengganu. Kerana Terengganu Darul Iman.
"Hanya orang orang yang beriman selalu diuji. Jadi malam ni I mengalah untuk lihat you senyum.
"Tahniah buat pasukan Perak. Dan Terengganu Fc kite cuba lagi tahun hadapan. Insya-Allah," tulisnya.
Perak menamatkan kemarau 18 tahun trofi Piala Malaysia dengan penuh dramatik menerusi penentuan penalti 4-1 ke atas Terengganu FC.
Pada perlawanan akhir edisi ke-92 yang berlangsung di Stadium Shah Alam itu menyaksikan keputusan seri 3-3 dan terpaksa diheret ke penentuan penalti dengan menyaksikan Perak menang dengan keputusan 4-1.