Apakah persamaan yang ada pada video-video viral ‘Here In My Home’, ‘15Malaysia’ dan ‘Undilah’? Jawapannya ialah Pete Teo! Personaliti muzik popular yang sama, sekali lagi akan menjayakan video muzik terbarunya ‘Hari Malaysia’, sempena Hari Malaysia yang ke-50.
Dengan bantuan imej janaan computer dan efek visual, video muzik ini menggabungkan personaliti Malaysia pada zaman moden dengan rakaman arkib dari era 50an dan 60an, sekaligus membawa mereka bersama-sama menyaksikan detik bersejarah penubuhan negara.
Pasukan teknikal yang berkemahiran telah bertungkus-lumus selama lima bulan untuk menghasilkan karya ini dan video ini dijangka akan menjadi video muzik paling hangat di Malaysia tahun ini.
Menurut Pete Teo, idea untuk menggunakan bahan arkib dalam video muzik itu tercetus setahun yang lalu.
“Saya berpeluang untuk menonton satu program berita yang memaparkan rakaman upacara pemasyhuran kemerdekaan Tanah Melayu. Walaupun kualiti bahan visual tersebut kurang memuaskan, namun semangat kemerdekaan yang dirakamkan pada tarikh keramat itu tidak dapat dinafikan,”
“Terlintas di fikiran saya untuk membawa generasi sekarang menyerap semangat itu dengan membawa mereka kembali ke zaman penubuhan Tanah Melayu.” tambahnya lagi.
Diterbitkan oleh Bahir Yeusuff dan Albert Law, sebanyak dua versi video muzik dihasilkan iaitu Kembara, dalam Bahasa Malaysia, manakala versi Bahasa Inggeris berjudul Slipstream. Lagu tersebut digubah oleh Pete Teo dengan lirik oleh Amran Omar dan dinyanyikan oleh Asmidar dan Melina William.
Antara selebriti yang terlibat menjayakan muzik video ini ialah pelakon Sofia Jane, Michelle Yeoh, Sharifah Amani, Namewee, Jo Kukathas, ahli politik, Liow Tiong Lai, Nurul Izzah Anwar, Lim Kit Siang, Tunku Razaleigh Hamzah, Saifuddin Abdullah, ahli sukan Santokh Singh, aktivis Marina Mahathir, penyanyi David Arumugam, tokoh perniagaan, Nazir Razak dan ramai lagi.
Pemain violin terkenal Jepun, Sayaka Katsuki turut terlibat menjayakan versi Bahasa Malaysia, Kembara.
Sebagai satu hadiah kepada semua rakyat Malaysia, Pete dengan tulus hati berharap penghasilan video muzik ini akan menjadi hadiah terbaik sempena Hari Malaysia.
“Video muzik ini adalah hadiah pencetus semangat Malaysia kepada semua rakyat Malaysia dan aspirasi kemerdekaan yang sama telah Almarhum Tunku Abdul Rahman hadiahkan kepada kita semua, tanpa mengira latar belakang, darjat dan keturunan, marilah kita bersama-sama berkongsi hadiah ini.” harapan Pete untuk semua.
Muzik video ini akan ditayangkan secara eksklusif di laman video YouTube pada 16 September menerusi laman web projek di www.harimalaysia.com pada masa yang sama.
Peminat boleh berinteraksi dan mengikuti perkembangan terkini projek itu di media sosial www.facebook.com/hari.msia bagi mendapatkan foto-foto di sebalik tabir pembikinan muzik video tersebut.
Klik untuk saksikan foto di sebalik tabir pembikinan MTV "Hari Malaysia".
Lihat juga salah satu babak yang dipotong dari MTV "Hari Malaysia":
Muzaffar Mustapa
Wed Sep 11 2013
Suami kongsi gambar nikah, netizen beri kata-kata semangat buat Irma Hasmie
Perkongsian Redza menimbulkan respons yang pelbagai dalam kalangan netizen. Beberapa peminat turut dilihat memberikan kata-kata semangat kepada Irma.
Kotak hitam helikopter mendarat cemas di Pulau Angsa dihantar ke Itali
Kotak hitam helikopter AW139 milik Maritim Malaysia yang melakukan pendaratan cemas di sekitar perairan Pulau Angsa, Kuala Selangor telah dihantar ke Itali.
Leftenan Muda Min Youn satu-satunya penuntut bangsa Cina tamat latihan Komando
Leftenan Muda Chan Ming Youn dari Batalion Kedua Rejimen Renjer Diraja menjadi satu-satunya penuntut berbangsa cina yang berjaya menamatkan Kursus Asas Komando Gerup Gerak Khas (GGK) baru-baru ini.
Kawalan sempadan dipertingkat di sempadan Malaysia-Thailand
Polis Kelantan memantau perkembangan kejadian letupan dan insiden tembak menembak di Sungai Golok awal pagi Isnin dengan meningkatkan kawalan keselamatan di sempadan negara.
Pelancongan China dijangka meningkat
Sektor pelancongan China dijangka menyaksikan lonjakan berikutan perkembangan pasaran yang dibawa oleh Festival Qingming awal bulan ini.
Pelabur asing akhiri jualan lapan minggu, aliran masuk RM292 juta
Pelabur asing kembali menjadi pembeli bersih ekuiti domestik minggu lalu dengan nilai pembelian bersih berjumlah RM292.2 juta, menurut penyelidikan MIDF Research.
Sarawak komited jalin kerjasama denga Sweden
Lawatan kerja itu sebagai membalas jemputan oleh Menteri Perbadanan Pembangunan Antarabangsa Sweden Johan Forssel semasa pertemuan mereka tahun lepas.
Akaun fleksibel penuhi keperluan kecemasan M40, B40
Pengeluaran dijangka sederhana berikutan KWSP pada 2021 menganggarkan bahawa 60 peratus ahlinya telah kehabisan baki Akaun 2, kini dinamakan sebagai Akaun Sejahtera berikutan kemudahan pengeluaran yang disediakan ketika pandemik.
Kuota generasi solar komersial, industri capai 80 peratus
IHH Healthcare Malaysia mencatatkan pencapaian baharu dengan melancarkan inisiatif pemasangan panel solar di seluruh rangkaian hospitalnya sekali gus menjadikannya pelopor bagi sektor kemudahan dan perkhidmatan penjagaan kesihatan swasta di negara ini.
Krisis iklim, kanak-kanak paling terjejas - UNICEF
Salah satu syarat pemberian status CFCI ialah penyertaan kanak-kanak yang bermakna dan inklusif, di mana suara kanak-kanak dan remaja boleh didengari dalam keputusan majlis bandar raya, termasuk dalam aspek membina bandar berdaya tahan.
Sarawak mampu jadi rakan niaga yang baik - Duta Turkiye
Sarawak mampu menjadi rakan niaga yang baik untuk Turkiye mengembangkan perniagaan, kata Duta Turkiye ke Malaysia Emir Salim Yuksel.
Penganjur sedia bekerjasama dengan KKD jadikan 'Keretapi Sarong' acara Bulan Kebangsaan
Penganjur program Keretapi Sarong sedia bekerjasama dengan Kementerian Komunikasi dan Digital bagi menjadikan program itu sebahagian aktiviti Bulan Kebangsaan.
Sambutan Hari Malaysia 2023 berjaya zahir semangat 'Segulai Sejalai'
Sambutan kali ini bertepatan dengan aspirasi Malaysia MADANI yang mengangkat perpaduan sebagai kunci utama kestabilan negara.
Teater muzikal 'Segulai Sejalai' mempesona, terima tepukan gemuruh
Persembahan 20 minit itu mengisahkan perjalanan sejarah di Semenanjung, Sabah, Sarawak dalam usaha menuntut kemerdekaan hingga kini.
Perhimpunan guna sentimen patriotisme palsu boleh cetus ideologi tidak sihat - Ahli akademik
Hari Malaysia sewajarnya diraikan dengan penuh semangat perpaduan serta kebersamaan, bukannya dicemari dengan perhimpunan yang boleh mengganggu-gugat keselamatan negara.
Ketepi perbezaan, lebih 10,000 rakyat Malaysia rai perpaduan, meriahkan 'Keretapi Sarong 2023'
Lebih 10,000 rakyat Malaysia berbilang kaum tampil menyertai program persembahan kilat berkumpulan, 'Keretapi Sarong 2023' (KS2023) sempena sambutan Hari Malaysia di Dataran Merdeka, hari ini.
P. Pinang terus sokong usaha kerajaan pusat laksana agenda pembangunan
Pulau Pinang akan terus teguh menyokong usaha kerajaan Pusat merancang dan melaksanakan agenda pembangunan negara yang mampan.
Jadikan Suruhanjaya Kanak-Kanak sebagai hadiah sempena Hari Malaysia - OCC Suhakam
Pejabat Pesuruhjaya Kanak-Kanak (OCC) Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia SUHAKAM merayu supaya Suruhanjaya Kanak-Kanak dijadikan sebagai hadiah kepada semua kanak-kanak di Malaysia sempena meraika
Perpaduan kaum di Kelantan boleh dijadikan contoh - MB
Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud berharap konsep perpaduan kaum di negeri ini dapat dijadikan sebagai contoh dalam mengukuhkan lagi penyatuan pelbagai bangsa di Malaysia.
Tarian Ayam Didik, lagu Negaraku hiasai sambutan Hari Malaysia di Estonia
UniMAP berasa bangga dan teruja, apabila dapat mempersembahkan tarian Ayam Didik, Silat Tari dan menyanyikan lagu Negaraku sempena sambutan Hari Malaysia, di ibu negara Estonia, Tallinn.