PUTRAJAYA: Seramai 1,358 pegawai dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang terlibat secara langsung dengan operasi COVID-19 telah menerima suntikan vaksin sejak Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan bermula pada 24 Feb lepas.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Zuraida Kamaruddin berkata mereka adalah antara 7,483 anggota bomba di seluruh negara yang melaksanakan tugas-tugas barisan hadapan dan disenaraikan untuk menerima suntikan vaksin COVID-19 dalam fasa pertama program vaksinasi terbesar negara itu.
"Pemilihan pegawai yang menerima vaksin ini turut melibatkan mereka berisiko tinggi, mendapat dan menyebarkan jangkitan COVID-19 ketika melaksanakan tugas-tugas kebombaan," katanya kepada pemberita selepas menerima suntikan vaksin COVID-19 di Klinik Kesihatan Putrajaya Presint 18 di sini, hari ini.
Turut menerima suntikan vaksin jenis Pfizer BioNTech di klinik itu hari ini adalah Ketua Pengarah JBPM Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid dan empat lagi anggota bomba.
Pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan bertemakan 'Lindung Diri, Lindung Semua' dalam tiga fasa bermula 24 Feb lepas untuk memastikan sekurang-kurangnya 80 peratus penduduk dewasa Malaysia menerima vaksin COVID-19 menjelang Februari 2022.
ZURAIDA-BOMBA (VAKSIN) 2 (AKHIR) PUTRAJAYA
Beliau berkata pegawai bomba yang lain akan menerima vaksin dalam fasa yang seterusnya menerusi pendaftaran di aplikasi MySejahtera.
Zuraida yang akan menerima suntikan dos kedua pada 26 Mac ini berkata beliau tidak berasa apa-apa kesan sampingan selepas menerima suntikan dos pertama pada hari ini.
Dalam pada itu, Zuraida berkata anggota bomba masih lagi melaksanakan proses sanitasi di tempat awam bagi mengekang penularan COVID-19 dan sebanyak 17,963 proses sanitasi telah dilakukan sejak Mac tahun lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 05 2021
Ketua Pengarah JBPM, Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid bersama pegawai bomba JBPM selepas menerima suntikan vaksin COVID-19 jenis Pfizer BioNTech di Klinik Kesihatan Putrajaya, Presint 18 hari ini. - Foto BERNAMA
UNICEF gesa tindakan segera ketika kanak-kanak di Gaza terus jadi mangsa
UNICEF menyeru tindakan segera pada lewat Jumaat ketika kanak-kanak di Semenanjung Gaza terus menghadapi pertumpahan darah setiap hari, lapor Agensi Anadolu.
Tiga warga Bangladesh dipercayai dalang utama sindiket pemerdagangan manusia ditahan
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan tiga lelaki dan seorang wanita warga Bangladesh dipercayai menjadi dalang utama sindiket pemerdagangan manusia yang berpusat di ibu negara.
AWANI 7:45 [14/12/2024] – Kecuaian kritikal | Laporan lengkap minggu depan | Tengku Zafrul belum jumpa
Laporan berita padat dan ringkas AWANI 745 bersama Luqman Hariz
1. Bendera Malaysia terbalik di jersi Zii Jia, kesilapan yang ketara.
2. Laporan beku jenazah bayi dibentang pada mesyuarat Kabinet.
3. Jangan ambil ahli UMNO, Tengku Zafrul belum keluar parti.
4. Warga emas rugi hampir 1.6 juta ringgit, mangsa jenayah dalam talian.
1. Bendera Malaysia terbalik di jersi Zii Jia, kesilapan yang ketara.
2. Laporan beku jenazah bayi dibentang pada mesyuarat Kabinet.
3. Jangan ambil ahli UMNO, Tengku Zafrul belum keluar parti.
4. Warga emas rugi hampir 1.6 juta ringgit, mangsa jenayah dalam talian.
AWANI Ringkas: Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 14 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 14 Disember 2024
1️⃣ 187 siasatan oleh pihak berkuasa tahun ini - CIJ
2️⃣ Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
3️⃣ SAPP mahu hanya parti Sabah bertanding dalam PRN17
#awaniringkas
1️⃣ 187 siasatan oleh pihak berkuasa tahun ini - CIJ
2️⃣ Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
3️⃣ SAPP mahu hanya parti Sabah bertanding dalam PRN17
#awaniringkas
Agenda AWANI Asia: Pemeliharaan Warisan Budaya Tidak Ketara
Apakah usaha signifikan melindungi warisan budaya tidak ketara? Bagaimana jaringan kerjasama dapat dilakukan demi meningkatkan kesedaran untuk memelihara warisan budaya serantau? Ikuti diskusi dan analisis dalam Agenda AWANI Asia 9 malam ini.
Kementerian Komunikasi kaji teknologi internet tanpa wayar di kawasan muka bumi sukar
Kementerian Komunikasi sedang mengkaji penggunaan teknologi Internet tanpa wayar Tarana, syarikat penyedia perkhidmatan akses Internet tanpa wayar, bagi menyelesaikan masalah ketiadaan Internet di kaw
AWANI Ringkas: Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Pindaan Akta Penagih Dadah 1983: Peluang kedua pulih diri
Pindaan Akta Penagih Dadah 1983 penting bagi memberikan kuasa lebih kepada Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dalam proses rawatan dan pemulihan penagih.
Malaysia hargai sokongan kuat Ethiopia dalam BRICS - PM Anwar
Malaysia menghargai sokongan kuat dan tegas Ethiopia dalam usaha negara untuk menjadi rakan BRICS, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ahli GISBH mengaku tidak bersalah, mohon ikat jamin ringan kerana baru timang anak ke-10
Mengikut kertas pertuduhan, Mohamad Riza didakwa mengeluarkan ugutan berbunyi: "Kita tunggu, kita tahu dekat mana rumah, suami, dan keluarga" terhadap wanita berkenaan.
8,000 tempat duduk, 400 tapak ‘glamping’ disediakan sempena sambutan Hari Kebangsaan di Putrajaya
8,000 tempat duduk disediakan kepada pengunjung sambutan Hari Kebangsaan di Putrajaya pada Sabtu akan datang berbanding hanya 4,000 tempat duduk tahun lalu.
Yang di-Pertuan Agong puas hati persiapan sambutan Hari Kebangsaan - Fahmi
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berpuas hati dengan persiapan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia.
Raptai Hari Kebangsaan: 21 jalan sekitar Putrajaya ditutup mulai 26 Ogos
Antara jalan terlibat ialah Lebuh Wawasan/Jalan Tun Abdul Razak, Lebuh Bestari/Jalan Tun Abdul Razak, Jalan P2K/Persiaran Perdana, Jalan Pembangunan/Persiaran Perdana dan Jalan PC/Persiaran Perdana.
Hari Kebangsaan: Teksi air boleh didapati di lima lokasi - Fahmi
Orang ramai boleh menggunakan perkhidmatan teksi air di lima lokasi sekitar sini pada 31 Ogos nanti, iaitu di jeti Monumen, Anjung Floria, jeti Kelab Tasik Putrajaya, jeti Ayer 8 dan jeti Marina.
21 jalan utama sekitar Putrajaya ditutup 6 jam mulai 27 Ogos untuk raptai Hari Kebangsaan
Sebanyak 21 jalan utama sekitar Putrajaya akan ditutup selama enam jam setiap hari bermula 27 Ogos ini, bagi memberi laluan kepada sesi raptai Sambutan Hari Kebangsaaan.
Raptai penuh Hari Kebangsaan berlangsung tiga hari bermula 27 Ogos ini
Laluan perarakan sambutan Hari Kebangsaan dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) menuju ke Masjid Putra di Putrajaya akan siap diatur menjelang 22 Ogos ini.
Kanak-kanak 4 tahun maut jatuh dari tingkat 16
Polis Daerah Putrajaya menerima panggilan MERS 999 memaklumkan mengenai kejadian kanak-kanak jatuh bangunan sekitar pukul 7.50 pagi tadi.