awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Raptai Hari Kebangsaan: 21 jalan sekitar Putrajaya ditutup mulai 26 Ogos

Bernama
Bernama
23/08/2024
10:22 MYT
Raptai Hari Kebangsaan: 21 jalan sekitar Putrajaya ditutup mulai 26 Ogos
Antara jalan terlibat ialah Lebuh Wawasan/Jalan Tun Abdul Razak, Lebuh Bestari/Jalan Tun Abdul Razak, Jalan P2K/Persiaran Perdana, Jalan Pembangunan/Persiaran Perdana dan Jalan PC/Persiaran Perdana. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Sebanyak 21 jalan utama di sekitar Putrajaya akan ditutup selama enam jam setiap hari bermula 5 pagi pada 26 hingga 29 Ogos ini bagi memberi laluan raptai sambutan Hari Kebangsaaan.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa berkata antara jalan terlibat ialah Lebuh Wawasan/Jalan Tun Abdul Razak, Lebuh Bestari/Jalan Tun Abdul Razak, Jalan P2K/Persiaran Perdana, Jalan Pembangunan/Persiaran Perdana dan Jalan PC/Persiaran Perdana.
Beliau berkata pada 30 Ogos penutupan jalan bermula 7 petang melibatkan laluan ke Core Island dan 10 jalan utama akan ditutup sepenuhnya pada 31 Ogos bermula 5 pagi sehingga acara sambutan selesai.
"Laluan yang terlibat termasuk Persiaran Barat dan Lebuh Sentosa (arah Lebuh Saujana), Lebuh Sentosa dan Jalan Presint 8 (arah Lebuh Wawasan), Persiaran Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah susur ke Laman Perdana, Jalan Presint 18 (arah Lebuh Bestari), Jalan Presint 18, Lebuh Setia dan Lebuh Saujana (arah Jalan Tun Hussein) serta Jalan Presint 5 (arah Lebuh Gemilang Perdana)," katanya dalam kenyataan hari ini.
Dalam pada itu, Rusdi turut memaklumkan pihaknya akan menjalankan Op Pencegahan Jenayah di sekitar ibu kota sempena ambang Hari Kebangsaan.
Beliau berkata operasi berkenaan akan memberi fokus kepada pemantauan di lokasi 'hotspot' dan tempat tumpuan ramai selain mencegah serta membanteras kegiatan jenayah di sekitar ibu negara.
"Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Polis Kuala Lumpur juga akan menguruskan kawalan lalu lintas di beberapa lokasi melibatkan sekitar Dataran Merdeka, KLCC, Bukit Bintang dan Tun Razak Exchange yang akan menjadi tumpuan utama para pengunjung," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hari Kebangsaan
#Putrajaya
#jalan ditutup
#26 Ogos
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan