awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
SHMMP: KPDN Pulau Pinang tempatkan 137 pegawai penguat kuasa, 60 pegawai pemantau
Tiga empangan di Pulau Pinang catat kapasiti lebih 90 peratus menjelang musim kering
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

1 maut, 2 cedera kereta terbabas masuk longkang

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
25/09/2023
03:00 MYT
1 maut, 2 cedera kereta terbabas masuk longkang
Keadaan kereta yang terlibat dalam nahas di Taman Tangling Indah, Simpang Ampat. - Foto JBPM
NIBONG TEBAL: Seorang maut manakala dua cedera ringan selepas kereta yang dinaiki mereka terbabas lalu terjatuh ke dalam longkang di Taman Tangling Indah, Simpang Ampat, di awal pagi tadi.
Dalam kejadian jam 4 pagi itu, mangsa yang tersepit di dalam kereta jenis Honda City disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala dua yang lain berjaya keluar sendiri dari kenderaan tersebut.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, berkata sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Bakap ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan jam 4.06 pagi berhubung insiden terbabit.
“Apabila anggota tiba, mereka mendapati kemalangan melibatkan sebuah kenderaan yang terbabas dan terjatuh ke dalam longkang.
“Terdapat 3 mangsa (seorang di tempat pemandu manakala dua lagi di tempat penumpang bahagian depan dan belakang).
“Dua mangsa (penumpang) berjaya keluar dengan sendiri manakala seorang lagi (pemandu) tersepit dalam kenderaan itu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
“Mangsa yang maut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan dua mangsa lagi yang mengalami kecederaan ringan dibawa ke hospital berhampiran untuk rawatan,” katanya.
Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 5.47 pagi.
Topic Berkaitan
#Nahas
#terbabas
#longkang
#meninggal dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan