Skip to main content

Malaysia

1 Ogos diisytihar cuti umum di Pahang

41638351013_KLPARLIM.jpg
KUANTAN: Kerajaan Pahang mengumumkan 1 Ogos depan sebagai Hari Kelepasan Am sempena Hari Keputeraan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Riโ€™ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Menurut Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak, keputusan itu bagi menjunjung titah perintah baginda.

โ€œAdalah dengan ini dimaklumkan bahawa Hari Kelepasan Am Negeri Pahang Darul Makmur sempena Hari Keputeraan baginda telah ditetapkan pada 1 Ogos 2022.

โ€œBerdasarkan subseksyen 9 (1) Akta Hari Kelepasan 1951 [Akta 369], Pihak Berkuasa Negeri telah menetapkan tarikh terbabit sebagai Hari Kelepasan Am Negeri Pahang sahaja bagi tahun ini,โ€ katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Khamis.

Advertisement

Must Watch Video