awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

10 bakal jemaah umrah dakwa ditipu 'ustazah', rugi RM71,000

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
18/12/2017
05:09 MYT
10 bakal jemaah umrah dakwa ditipu 'ustazah', rugi RM71,000
Sepuluh individu mendakwa ditipu seorang wanita bergelar ustazah yang menawarkan pakej umrah membabitkan kerugian berjumlah RM71,000. -Astro AWANI
Sepuluh individu mendakwa ditipu seorang wanita bergelar ustazah yang menawarkan pakej umrah membabitkan kerugian berjumlah RM71,000.
Salah seorang mangsa dari Guar Chempedak yang enggan dikenali mendakwa dia dan isteri sepatutnya berangkat menunaikan umrah pada 17 Oktober lepas namun tertunda sehingga sekarang.
“Duit yang nak pergi itu pun kami dah bayar selesai habis semua. Kenduri pun kami dah buat. Duit nak pergi sana pun kami dah tukar.
"Sekarang kami sedang tunggu, tapi tak pergi juga. Malu dengan kawan-kawan...jadi tekanan bagi kami bila orang tanya bila nak pergi?”
Sementara itu, seorang lagi mangsa yang berusia 71 tahun kesal dengan tindakan wanita itu setelah dia dan birasnya kerugian sejumlah RM7,100.
Sehingga kini, pelbagai alasan diberikan ustazah berkenaan, termasuklah mendakwa tiada tiket.
Selepas berasa tertipu, mereka membuat aduan di Pejabat Persatuan Pengguna Kedah (CAKE).
Setiusaha CAKE, Mohd Yusrizal Yusoff memberitahu pihaknya akan menjalankan siasatan menyeluruh terhadap dakwaan tersebut.
Topic Berkaitan
#Kedah
#mangsa
#ringgit
#siasatan
#tipu
#umrah
#wanita
#warga emas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan