MALAYSIA
10 berita pilihan sepanjang hari ini

Ini 10 berita pilihan sepanjang hari ini di Astro AWANI.
DARI pelbagai berita yang disampaikan sepanjang hari ini (Sabtu, 21 September 2019), berikut adalah 10 berita yang menjadi pilihan pengikut Astro AWANI:
Nurul Arifah Ahmad Ali, 20, pelajar Fakulti Kedoktoran, Universiti Sumatera Utara, disahkan meninggal dunia di Rumah Sakit Umum Pusat (Hospital) H. Adam Malik, Medan.
Ahli Parlimen Tanjung Piai Datuk Wira Dr Md Farid Md Rafik sempat menyampaikan 'pesanan terakhir' kepada masyarakat setempat di Tanjung Piai, dekat sini, dalam satu acara di Pontian Jaya, pada Jumaat.
Kerajaan beri jaminan akan memberi keutamaan kepada kepentingan Melayu dan Islam, dalam soal pembangunan semula Kampong Baru.
China menyatakan komitmen yang tinggi untuk membantu negara-negara ASEAN untuk mengembangkan lagi ekonomi serantau melalui pasaran besar negara itu.
Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang menafikan penularan gambar yang mengandungi maklumat palsu berhubung isu pemberian MyKad yang dikaitkan dengan Ketua Menteri, Chow Kon Yeow.
Dua lelaki nyaris maut apabila kereta yang mereka naiki terbabas lalu terjunam jatuh ke kawasan tapak pembinaan jalan raya di Jalan KJD-Bintangor, berhampiran simpang Julau
Tenaga Nasional Berhad (TNB) Negeri Kelantan akan menyiasat kes remaja maut terkena renjatan elektrik dalam kejadian di sawah padi Kampung Padang Melintang, Tawang, pagi Jumaat.
Dengan sekali lafaz, vokalis kumpulan Slam, Zamani sah bergelar suami kepada wanita pilihan hatinya, Nur Juliana Abdul Rani.
Nama Presiden Yamaha Motor Racing, Kouichi Tsuji antara yang dipetik bakal mengundurkan diri selepas dilaporkan berlakunya rombakan dalam projek MotoGP pasukan itu.
Jabatan Alam Sekitar (JAS) menasihatkan orang ramai agar merujuk bacaan rasmi Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang dikeluarkan jabatan itu sahaja bagi mengelak sebarang kekeliruan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami