ANTARA pelbagai berita dari dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah 10 berita yang paling menjadi perhatian sepanjang hari ini, Sabtu, 26 Oktober 2019.

1) Isu peralihan kuasa: Kita boleh bercakap - Tun Mahathir

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersedia untuk berbincang mengenai peralihan kuasa kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

2) Wan Azizah sedia bincang isu peralihan PM dalam Majlis Presiden PH

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyatakan kesediaan beliau untuk berbincang berkenaan isu peralihan jawatan Perdana Menteri menerusi mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan.

3) Khalid Samad sanggah Dr Mahathir

Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad berpendapat, Kongres Maruah Melayu boleh saja diadakan, namun isi kandungan perhimpunan itu yang mencetuskan masalah.

4) Permohonan Salleh Said Keruak belum diputuskan PKR - Anwar

Parti Keadilan Rakyat (PKR) belum memutuskan sama ada mahu menerima atau tidak permohonan bekas pemimpin UMNO, Datuk Seri Salleh Said Keruak yang mahu menyertai parti itu.

5) Anak Fauziah Nawi dikhuatiri lemas di Sungai Mela, Kuala Lipis

Pitt Haniff yang juga anak kepada pelakon tersohor tanah air, Fauziah Nawi dikhuatiri lemas di Sungai Mela, Kuala Lipis, Pahang pada Sabtu.

6) "Saya buntu, hanya mampu berdoa" - Fauziah Nawi kehilangan kata-kata

Setiap ibu yang menerima perkhabaran duka mengenai anak mereka, pasti akan tergamam serta hilang kata-kata. Begitu juga yang sedang dilalui pelakon tersohor tanah air, Fauziah Nawi yang kini diuji dengan musibah yang melanda anaknya, Pitt Hanif.

7) Murid tadika cedera van terbabit kemalangan dengan lori simen

Empat kanak-kanak tadika cedera selepas van yang mereka naiki bersama 15 penumpang lain termasuk guru terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori simen pada Sabtu pagi.

8) Wanita mabuk rempuh pekerja MBPP hingga maut direman

Wanita warga China yang merempuh pekerja Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) hingga menyebabkan mangsa maut pada Jumaat, direman selama empat hari bermula hari ini.

9) PM akhiri kunjungan di Azerbaijan, berlepas ke Turkmenistan

Tun Dr Mahathir Mohamad meneruskan lawatan rasmi ke Turkmenistan selepas mengakhiri kunjungan tiga hari di Azerbaijan, pada Sabtu.

10) Tun Mahathir kembali ke Ashgabat selepas 25 tahun

Selepas 25 tahun, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bakal kembali ke Ashgabat, Turkmenistan untuk lawatan rasmi selepas lawatan pertama beliau pada 1994.