ANTARA pelbagai berita dari dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah 10 berita yang paling mendapat tumpuan sepanjang hari ini, Selasa, 29 Oktober 2019.

1) Guru masih bertelekung ditemui mati tertiarap, dipercayai dibunuh

Seorang guru wanita berusia 30-an ditemui mati di atas katil dipercayai dibunuh oleh orang yang tidak dikenali, pada tengah hari Selasa.

2) Gerakan umum Wendy jadi calon di Tanjung Piai

Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) mengumumkan Wendy Subramaniam sebagai calon parti itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai, Johor, 16 November depan.

3) "Maafkan saya kerana mengatasi krisis kewangan 1997 - 1998" - Tun Mahathir

Tun Dr Mahathir Mohamad meminta maaf kepada rakyat Malaysia kerana mengatasi krisis kewangan negara pada 1997-1998 dengan cara menguntungkan taikun.

4) Pas desak jawatan Saminathan dan Paul Yong dilucutkan

Pas mendesak agar Yang Dipertua Negeri Melaka melucutkan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gadek, Saminathan Ganesan dan ADUN Tronoh, Paul Yong Choo Kiong.

5) Rupanya Nurul Ashikin hamil anak kembar - Keluarga mangsa kemalangan terkejut

Keluarga anggota polis yang maut bersama isteri dalam kemalangan di Jalan Syed Putra, Kuala Lumpur terkejut apabila mengetahui isteri mangsa sedang hamil anak kembar.

6) Kampong Baru: Pastikan pembayaran beli tanah dibuat dahulu - Johari

Bekas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, ia akan menimbulkan keyakinan penduduk kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang dilihat tidak berbuat apa-apa selepas hampir 18 bulan mentadbir negara.

7) Pelajar UiTM maut dirempuh ambulans

Seorang penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Melaka maut apabila motosikal ditunggangnya dirempuh sebuah ambulans dari arah belakang, berhampiran Kampung Permatang Pauh, Jalan Kangar – Alor Setar.

8) Kerajaan bayar RM13.9 bilion hutang 1MDB dan SRC

Kerajaan terpaksa membelanjakan sebanyak RM13.9 bilion untuk melunaskan bayaran khidmat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan SRC International Sdn Bhd (SRC) sejak 2017.

9) Selatan Filipina dilanda gempa 6.6 magnitud

Media tempatan melaporkan suasana panik apabila gempa itu menyebabkan bangunan di sekitar pulau Mindanao bergegar.

10) Sabah rekod kematian 20 gajah dalam tempoh 10 bulan tahun ini

Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah merekodkan sebanyak 20 ekor gajah didapati mati antara lain akibat diburu, dijerat atau diperangkap sejak awal tahun hingga Oktober ini, kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Christina Liew.