MALAYSIA
10 berita pilihan sepanjang hari ini
10 berita pilihan sepanjang hari ini di Astro AWANI.
ANTARA pelbagai berita dari dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah 10 berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Jumaat, 29 November 2019.
1) MIGHT labur RM20 juta kepada Aerodyne bukan untuk projek 'kereta terbang'
Kumpulan Industri Kerajaan Malaysia Bagi Teknologi Tinggi (MIGHT) mengesahkan anak syarikatnya VentureTech Sdn Bhd ada melakukan pelaburan RM20 juta kepada syarikat aplikasi dron Aerodyne Group pada 1 November lalu.
2) Tidak tahu abu Chin Peng boleh masuk Perak - Ahmad Faizal
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menegaskan dia sama sekali tidak tahu bagaimana abu mayat Chin Peng, bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) boleh dibawa masuk ke negeri Perak.
3) NUR Alert: Polis mohon bantuan kesan Rawi
Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada Jumaat mengeluarkan siar raya NUR Alert bagi mengesan seorang kanak-kanak lelaki yang dilaporkan hilang di Gerik, Perak.
4) Isu pemecatan dua ahli PKR: Lembaga Displin Parti telah hantar surat rasmi - Fahmi
Pengarah Komunikasi PKR Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil menjelaskan Lembaga Displin Parti telah menghantar surat pemecatan dua ahlinya Zakaria Abdul Hamid dan Ismail Dulhadi semalam (Khamis).
5) Empat lelaki pemburu haram ditahan bersama senjata api bekakuk
Empat lelaki berumur antara 30 hingga 40 tahun ditahan oleh Pasukan Khas Jabatan Perhutanan (Protect) Tawau di kawasan Hutan Simpan Gunung Rara, 60 kilometer dari bandar Tawau pada Rabu.
6) Seorang lelaki maut ditembak di London Bridge
Beberapa orang awam dilaporkan cedera akibat satu pergaduhan sehingga menyebabkan tikaman berlaku di London Bridge sekitar jam 2 petang waktu tempatan pada Jumaat.
7) 10 ekor haiwan terbunuh dalam kebakaran di taman hidupan liar
Sekurang--kurangnya 10 ekor haiwan terbunuh apabila sebuah taman hidupan liar terbakar dipercayai akibat kebakaran hutan yang melanda Ohio, Amerika Syarikat.
8) 5 sekeluarga maut dalam nahas pesawat
Lima sekeluarga dari Houston, Texas, antara tujuh yang terbunuh dalam nahas pesawat ringan di Ontario, Kanada pada Khamis.
9) Arsenal pecat Unai Emery
Arsenal memecat pengurusnya Unai Emery selepas 18 bulan mengendalikan kelab Liga Perdana Inggeris itu.
10) McGregor kembali beraksi Jan tahun depan menentang 'Cowboy' Cerrone
Selepas mengumumkan kemunculan semulanya di Octagon, bintang UFC Conor McGregor disahkan akan bertarung pada Januari tahun hadapan menentang petarung Amerika Syarikat, Donald Cerrone.