ANTARA pelbagai berita dari dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah 10 berita yang paling mendapat perhatian sepanjang hari ini, Selasa, 24 Disember 2019.
1) Bilik tidur asrama tahfiz musnah dalam kebakaran
Seramai 18 pelajar Ma'ahad Tahfiz Imam Al Jahzari di Jalan Bunga Raya 6, dekat Tongkang Yard, Alor Setar terselamat kerana sempat berlari keluar apabila bangunan asrama mereka musnah dalam kebakaran.
2) Wanita jadi tebusan kejadian rompakan bank di Ipoh
Seorang perompak bersenjatakan pistol menjadikan pelanggan wanita sebagai tebusan sebelum melarikan wang tunai RM28,000 dalam kejadian rompakan sebuah bank di Taman Silibin, di Ipoh pada Selasa.
3) Kes kematian Altantuya mungkin dibuka semula - Tommy Thomas
Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas berkata pihaknya berkemungkinan akan membuka semula siasatan kes pembunuhan wanita warganegara Mongolia, Altantuya Shaariibuu yang didakwa ada kaitan dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak
4) Takziah... Sistem sokongan hayat cucu Prof Muhaya dimatikan
Penceramah terkenal yang juga pakar mata, Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad memuat naik status di laman Instagram mengenai pemergian cucunya, Muhammad Ahmad Aiman pagi Selasa.
5) Kes curi kambing: Koperal polis menangis teresak-esak rayu ringan hukuman
Padah menerima suapan RM3,000 sebagai dorongan ‘menggelapkan’ kes curi kambing, tahun lalu, seorang anggota polis berpangkat koperal didenda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen Seremban di sini hari ini.
6) Kes bunuh CEO Cradle Fund: 'Saya putuskan hubungan dengan Samirah' - Abang ipar
Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu abang kepada Allahyarham Nazrin Hassan telah membuat keputusan memutuskan perhubungan dengan isteri mangsa, Samirah Muzaffar sejurus selepas kes kematian adiknya diklasifikasikan sebagai kes bunuh.
7) Dua penjenayah ditembak mati, mangsa culik ahli perniagaan cedera
Dua penjenayah ditembak mati dalam insiden berbalas tembakan ketika pihak polis cuba menyelamatkan seorang mangsa culik, yang juga seorang ahli perniagaan.
8) 25 maut bas terjun gaung di Palembang
Sekurang-kurangnya 25 maut manakala 13 lagi cedera selepas sebuah bas terjunam ke dalam gaung di Indonesia.
9) Boeing pecat CEO Dennis Muilenburg selepas gagal tangani persepsi buruk
Boeing memecat ketua pegawai eksekutif Dennis Muilenburg selepas gagal menguruskan kesan daripada tragedi yang mengakibatkan ia menggantung pengeluaran pesawat MAX 737.
10) Mira Filzah bakal tamatkan zaman bujang?
Mira Filzah dikhabarkan akan menamatkan zaman bujangnya pada tahun hadapan.
Astro Awani
Tue Dec 24 2019
10 berita pilihan sepanjang hari ini di Astro AWANI.
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Dua wakil Astro terima anugerah kewartawanan pada Nambikkai Star Icon Awards
Wartawan Astro AWANI, Umavathi Ramayah dipilih sebagai pemenang Anugerah Juri bagi kategori Wartawan Terbaik manakala Mahendran Veluplay dari Astro Seithigal memenangi kategori Pembaca Berita Popular.
Astro AWANI terima anugerah Masterclass in News Broadcasting and Journalism
Astro AWANI Network Sdn Bhd menerima pengiktirafan berprestij pada Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Malaysia (MEBA) 2024 edisi kelapan, pada Sabtu.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Allahyarham S. Atan luar biasa, saya sendiri cemburu' - M. Nasir
Datuk M Nasir turut mengakui, beliau sendiri mungkin tidak dapat menyamai kebolehan S Atan dalam penghasilan karya tertentu.
ASA 2024: Astro AWANI ungguli empat kategori
Astro membawa pulang 13 anugerah pada malam kemuncak Anugerah Seri Angkasa 2024 (ASA 2024) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), pada Sabtu.
All Access to Rossa 25 Shining Years: 'Ini masa saya kongsi pengalaman hidup'
Rossa dedah perjalanan hidup dalam 'All Access to Rossa 25 Shining Years' termasuk perihal rumah tangga yang musnah di tengah jalan.
Fahmi ucap takziah atas pemergian Editor Video Astro AWANI
Fahmi mendoakan agar seluruh keluarga dan sahabat handai tabah dengan pemergian Allahyarham.
Azam Baki sahkan SPRM geledah 'safe house' ahli politik, temui mata wang asing RM5 juta
SPRM menemui sejumlah mata wang asing bernilai RM5 juta ketika menggeledah sebuah pangsapuri di ibu kota yang dipercayai dijadikan safe house seorang ahli politik berpengaruh.
Fattah Amin kalahkan Nabil dalam acara Run Challenge, bawa pulang hadiah RM1,000
Penyertaan Fattah dalam acara larian ini tidak dirancang, tetapi diterima atas permintaan ramai pendengar dan sambutan baik daripada Fattah sendiri.