MALAYSIA

10 berita pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani 12/01/2020 | 15:12 MYT
10 berita pilihan sepanjang hari ini di Astro AWANI.
ANTARA pelbagai pilihan berita dari dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah 10 berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Ahad, 12 Januari 2020.
1) Rakaman kejadian pesawat Ukraine ditembak jatuh Iran tular
Rakaman berdurasi 45 saat yang dimuat naik oleh pengguna laman Twitter @IranianPatriot itu menjadi tular di laman sosial Twitter.
2) 'Khamenei pembunuh!' - Protes di Iran desak pemimpin tertinggi letak jawatan
Penunjuk perasaan berhimpun pada Sabtu bagi menyelar tindakan pemimpin kerajaan yang mengaku tenteranya menembak jatuh pesawat penumpang Ukraine Rabu lalu.
3) Serangan kedua AS sasar komander Iran di Yaman gagal
Tentera AS didakwa cuba melancarkan serangan ke atas seorang lagi komander IRGC di Yaman pada hari sama Leftenan Jeneral Qassem Soleimani dan pemimpin militia, Abu Mahdi Al-Muhandis terkorban.
4) Bekas pemain hoki PHT, Syamiru Aiman meninggal dunia
PHT dikejutkan dengan berita kematian bekas tonggak tengahnya, Syamiru Aiman Bidin, akibat jangkitan kuman dalam otak.
5) Nenek sanggup ikat cucu demi selamatkan kucing
Seorang nenek di wilayah Sichuan, China mencetuskan kemarahan netizen di negara itu apabila sanggup membahayakan nyawa cucu lelakinya semata-mata mahu menyelamatkan seekor kucing.
6) 'Salahkan diri sendiri, jangan salahkan orang lain' - Najib tegur Shafie Apdal
Datuk Seri Najib Razak menjawab dakwaan yang dilemparkan Ketua Menteri Sabah itu berhubung kegagalan pemimpin terdahulu, termasuk ayah Najib sendiri Allahyarham Tun Abdul Razak Hussien, dalam membangunkan negeri Sabah.
7) Warga emas ditemukan mati di bangku hentian bas
Saksi yang berasa curiga dengan keadaan mangsa yang langsung tidak bergerak serta mulut berbuih, lantas menghubungi talian kecemasan.
8) Wanita parah ditikam dalam lif, lelaki bertopeng rupanya jiran sendiri
Mangsa yang berusia 20 tahun berseorangan di dalam lif untuk pulang ke rumahnya sebelum lif tersebut dimasuki seorang lelaki bertopeng.
9) Kemudahan merokok: Kepentingan semua pihak perlu diambil kira - Zuraida
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Zuraida Kamaruddin menjelaskan, sebagai sebuah kerajaan, kepentingan semua pihak perlu diambil kira termasuklah dalam aspek kebersihan persekitaran.
10) Lelaki sunting filem animasi 'Sleeping Beauty' untuk lamar kekasih hati
Lee Loechler mengambil masa lebih setengah tahun untuk memastikan rancangan melamar teman wanitanya, Dr Sthuthi David menjadi.
#Astro Awani #berita antarabangsa #berita Malaysia #berita pilihan