MALAYSIA
10 berita pilihan sepanjang hari ini
10 berita pilihan sepanjang hari ini di Astro AWANI.
ANTARA pelbagai berita dari dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah 10 berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Khamis, 23 Januari 2020.
1) KKM siasat kes pelancong China suspek koronavirus di Sabah
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih menyiasat berhubung kes seorang pelancong warga China yang kononnya dikejarkan ke hospital di Sabah kerana dijangkiti koronavirus hari ini.
2) Mahkamah Tinggi tangguhkan fatwa sesat terhadap Sisters In Islam
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan untuk menangguhkan pelaksanaan fatwa sesat yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Selangor dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) terhadap Sisters in Islam (SIS) Forum (Malaysia).
3) Niat alih serpihan tayar bertukar tragedi, lelaki maut dirempuh lori
Niat baik seorang lelaki untuk mengalihkan serpihan tayar demi keselamatan pengguna jalan raya tidak kesampaian apabila dia sebaliknya maut dirempuh sebuah lori pagi tadi.
4) Hal Zuraida, itu urusan Lembaga Disiplin - Anwar
Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyerahkan kepada Lembaga Disiplin berhubung tindakan terhadap Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin.
5) Pertemuan Tun Mahathir dan Hadi tidak mengubah apa-apa - Anwar
Pertemuan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini yang didakwa sebagai cubaan mengubah lanskap politik disifatkan sebagai hanya tafsiran umum dan tidak mengubah apa-apa.
6) Singapura sahkan kes pertama virus Wuhan
Seorang warga China di Singapura telah disahkan positif dijangkiti virus Wuhan, manakala seorang lagi berkemungkingan dijangkiti virus yang sama.
7) Koronavirus: Selepas Wuhan, bandar Huanggang dalam keadaan berjaga-jaga
Huanggang dipercayai bandar kedua diletakkan di bawah perintah berjaga-jaga selepas bandar Wuhan dikuarantin selepas tercetus wabak koronavirus baharu.
8) Seorang di Arab Saudi, dua di Vietnam disahkan dijangkiti koronavirus
Seorang jururawat India yang berkhidmat di sebuah hospital di Arab Saudi disahkan dijangkiti koronavirus, dalam perkembangan terkini penularan virus yang mencetus kekecohan di China.
9) 'Kaki bengkak, menggelembung dan sukar bernafas' - Bob Lokman
Penulis lirik terkenal Bob Lokman atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman sekali lagi dimasukkan ke hospital pada Ahad lalu dipercayai akibat masalah buah pinggang.
10) Khabib hanya terima 'rematch' dengan McGregor jika UFC bayar AS$100 juta
Peminat sukan seni bela diri campuran (MMA) berkemungkinan akan dapat melihat sekali lagi pertembungan di antara Khabib Nurmagomedov dan Conor McGregor, dengan syarat UFC membayar Khabib AS$100 juta (RM406,564,100).