Skip to main content

Malaysia

10 berita pilihan sepanjang hari ini

61572275333_BeritaPilihan.jpg
61572275333_BeritaPilihan.jpg
Advertisement
ANTARA pelbagai berita dari dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah 10 berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Khamis, 7 Mei 2020.

PERKEMBANGAN ISU COVID-19

1) COVID-19: 39 kes baharu, 74 pulih dan tiada kematian

Sebanyak 39 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini dengan 38 daripadanya melibatkan kes jangkitan tempatan dan satu kes import.

2) COVID-19: Kluster pengawal keselamatan dikesan

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengesan satu lagi kluster baharu melibatkan pengawal dan anggota keselamatan di sebuah pusat beli-belah di Cheras, Kuala Lumpur.

3) COVID-19: KKM sedia berdepan kelumpuhan sistem jika berlaku kenaikan mendadak

Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan pihaknya bersedia berdepan sebarang kemungkinan termasuk kelumpuhan sistem sekiranya berlaku peningkatan kes mendadak di negara ini.

4) COVID-19: Elak guna tandas awam kotor - Dr Noor Hisham

Orang ramai disarankan agar tidak menggunakan tandas awam yang kotor bagi mengelak terkena jangkitan COVID-19.

5) COVID-19: China dalam fasa kedua pembangunan vaksin

Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan setakat ini negara China sedang berada pada fasa kedua proses pembangunan vaksin bagi membendung jangkitan COVID-19.

NORMAL BAHARU

1) Gerak Malaysia: Mulakan perjalanan ke destinasi? Ini apa anda perlu tahu

Mereka yang terkandas di Kuala Lumpur dan negeri-negeri lain akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dapat pulang ke kediaman masing-masing bermula hari ini (7 Mei) hingga Ahad, melalui pergerakan Gerak Malaysia.

2) PKPB: KKM masih tidak benarkan kedai gunting beroperasi walaupun di tempat terbuka

Kementerian Kesihatan (KKM) masih tidak membenarkan kedai gunting untuk beroperasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) walaupun ia beroperasi di kawasan terbuka.

3) Hampir 5,000 jenayah siber tahun ini: Ini senarai kawalan kendiri untuk anda!

CyberSecurity Malaysia merekodkan hampir 5,000 kes jenayah siber di negara ini sejak Januari lalu. Kes dilihat semakin bertambah pada April ekoran majoriti rakyat Malaysia melakukan tugas mereka secara dalam talian sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

4) SELangkah komited perkasa komuniti untuk menjalani disiplin Malaysia

Kerajaan negeri Selangor komited memperkasakan peranan komuniti dengan memberi penyelesaian terhadap  usaha pengesanan kontak bagi menangani penularan wabak COVID-19 menerusi penciptaan aplikasi SELangkah.

5) Indian mechanic invents 'social distancing' motorbike

An Indian school drop-out has built a motorbike with a one-metre gap between the rider and the passenger to drive home the importance of social distancing in the coronavirus pandemic.

Must Watch Video

Advertisement