ANTARA pelbagai berita tempatan yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Selasa, 2 Jun, 2020.

1) Gerai jualan durian diberi kebenaran beroperasi di Pulau Pinang

Berita baik buat peniaga dan penggemar durian di Pulau Pinang apabila kerajaan negeri mengumumkan gerai jualan raja buah itu di tepi-tepi jalan dibenarkan beroperasi semula, bermula Selasa.

2) COVID-19: Malaysia sedia 'exit strategy' jika kes kekal satu atau dua digit

Malaysia bersedia untuk memasuki fasa 'exit strategy' atau pelan pasca krisis COVID-19 sekiranya kes positif di negara ini kekal satu atau dua angka.

3) COVID-19: Kluster pangsapuri Cheras mungkin ada kaitan aktiviti ziarah Aidilfitri

Kes pertama kluster baharu di sebuah pangsapuri di Cheras, Kuala Lumpur telah dikenal pasti daripada saringan pelajar pusat tahfiz yang dijalankan dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

4) Perniagaan lakukan promosi bukan satu isu tetapi... - Noor Hisham

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham menyatakan promosi yang dibuat oleh sektor perniagaan bukanlah satu isu namun isu yang harus dilihat ialah kesesakan semasa pembeli membeli-belah.

5) COVID-19: Kes baharu terus menurun, tiada kematian baharu

Dua puluh kes baharu yang telah dilaporkan, menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 7,877 kes, ujar Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

6) Impak negatif COVID-19: Pelajar ketinggalan, 'lost generation'?

Krisis Covid-19 tidak akan berakhir sehinggalah penemuan vaksin di mana jangkaan awal senario ini hanya akan berlaku sekitar tahun hadapan.

7) Penggambaran filem, drama, iklan dan sebagainya dibenarkan bermula 10 Jun

Penggambaran filem, drama, iklan dan sebagainya dibenarkan beroperasi bermula 10 Jun ini.

8) PKPB: Semua taska dibenarkan beroperasi serta-merta

Kerajaan membenarkan semua 7,000 taman asuhan kanak-kanak (taska) berdaftar di seluruh negara beroperasi semula, berkuat kuasa serta merta.

9) Saringan COVID-19 hanya melibatkan Penjara Sungai Buloh

Saringan COVID-19 hanya melibatkan seramai 600 banduan di sebuah blok Penjara Sungai Buloh susulan seorang penghuninya yang positif virus itu pada Isnin.

10) PKPB: Ibu bapa, pelajar tak perlu bayar yuran selagi MRSM tidak dibuka - Ismail Sabri

Tiada sebarang bayaran perlu dibayar termasuk caruman bulanan selagi Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) tidak dibuka, tegas Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.