Sepuluh orang yang ada kontak dengan kes Zika tempatan pertama di Sabah dan disiasat Jabatan Kesihatan mendapati mereka negatif penyakit Zika, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Sabah Dr Christina Rundi.
Katanya siasatan yang dijalankan ke atas 10 kontak berkenaan termasuk pengambilan sampel darah dan kencing untuk ujian Zika mendapati kesemua kontak itu tidak dijangkiti penyakit Zika.
Dr Christina juga berkata sejak pengesanan kes Zika pertama tempatan berkenaan pada 3 Sept lalu, pihaknya telah mengambil langkah kawalan dan pencegahan sekitar 400 meter radius dari rumah kes bagi mengelak penularan jangkitan ke kawasan lain.
"Terdapat 775 premis dalam kawasan 400 meter radius dari rumah kes. Sebanyak 725 premis telah dilawati namun hanya 280 rumah atau 37 peratus yang berjaya diperiksa sementara selebihnya tidak dapat diperiksa kerana tidak dibenarkan masuk oleh tuan rumah atau tiada penghuni," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Katanya tindakan menghapuskan tempat pembiakan nyamuk Aedes juga dilaksanakan dengan memeriksa 814 bekas dan daripada jumlah itu, 11 bekas didapati positif bagi larva Aedes.
Melalui promosi kesihatan mengenai Zika di lokaliti kes pertama berkenaan pula, pihaknya telah menganjurkan dua kali hebahan awam, 142 perbincangan kecil melibatkan 423 orang, memberi nasihat individu kepada 141 orang dan edar 141 risalah.
"Oleh kerana penyakit Zika dan Denggi dibawa oleh jenis nyamuk yang sama iaitu nyamuk Aedes, kawalan dan pencegahan bagi kedua-dua penyakit ini adalah dengan penghapusan nyamuk Aedes," katanya.
Menurut Dr Christina penyakit Denggi masih menjadi masalah kesihatan utama di Sabah dan sehingga 3 Sept lalu (2016), jumlah kes Denggi yang dilaporkan adalah 2,516 kes iaitu peningkatan sebanyak 685 kes atau 37 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.
"Kawalan kedua-dua penyakit ini adalah tanggungjawab semua orang, agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan. Jabatan Kesihatan Negeri Sabah memohon kerjasama semua untuk mengawal penularan penyakit denggi dan Zika," katanya.
Menurutnya antara langkah yang boleh diambil termasuk melakukan aktiviti cari dan musnah tempat pembiakan nyamuk Aedes, membersihkan kawasan persekitaran rumah atau premis bangunan daripada sampah sarap yang mana boleh menjadi tempat takungan air.
Katanya masyarakat perlu memberi kerjasama kepada petugas kesihatan dengan membenarkan mereka membuat pemeriksaan dengan tujuan penghapusan tempat pembiakan nyamuk Aedes serta membenarkan semburan kabus di dalam rumah.
"Dapatkan rawatan segera di hospital atau klinik kesihatan berdekatan jika terdapat tanda-tanda penyakit Zika dan telah melawat kawasan yang telah melaporkan penyakit Zika," katanya.
Bernama
Tue Sep 06 2016
Siasatan ke atas 10 kontak itu termasuk pengambilan sampel darah dan kencing mendapati kesemua mereka negatif Zika. -Gambar fail
WTF: Tang Jie-Ee Wei hampiri kejuaraan, cipta sejarah
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menghampiri gelaran juara Jelajah Dunia Akhir (WTF) Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas melangkah ke final edisi 2024 di Hangzhou, China, malam ini.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) hari ini umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
Jenazah bayi beku: Polis rekod keterangan doktor
Polis telah merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
'Allosaurus' & 'Stegosaurus' dibida £12.4 juta pound
Tiga rangka dinosaur dari era Jurassic berjaya dibida dengan nilai 12.4 juta pound pada Khamis. Bidaan itu yang berlangsung di London melibatkan dua fossil Allosaurus yang dijual berpasangan berjumlah 8.1 juta pound atau bersamaan 10.3 juta dolar Amerika.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
Dr Rose Nani galas tanggungjawab Pengarah Kesihatan Sabah yang baharu
Pakar Kawalan Penyakit Berjangkit Dr Rose Nani Mudin akan menggalas tanggungjawab sebagai Pengarah Jabatan Kesihatan Sabah berkuat kuasa 13 Julai 2021.
Hajiji antara tiga individu terawal terima vaksin 4 Mac ini
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor akan menjadi antara tiga individu pertama yang akan menerima vaksin COVID-19 di Sabah pada 4 Mac ini.
Dua jururawat Hospital Queen Elizabeth II positif COVID-19?
Kedua-dua jururawat terbabit mendapat jangkitan daripada ketua jururawat wad terbabit yang disahkan positif beberapa hari lalu.
10 kontak kes Zika tempatan di Sabah didapati negatif
Siasatan yang dijalankan ke atas 10 kontak berkenaan termasuk pengambilan sampel darah dan kencing untuk ujian Zika mendapati kesemua kontak itu tidak dijangkiti penyakit Zika.