KUALA LUMPUR: Tujuh lelaki ditahan kerana disyaki terlibat dalam kegiatan penipuan tawaran kerja menerusi pusat panggilan (calling centre) di sekitar Kajang, semalam.
Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan berkata, kesemua lelaki tempatan berusia lingkungan 23 hingga 34 tahun itu ditahan di sebuah kondominium kira-kira 3.45 petang.
Beliau berkata, hasil siasatan awal mendapati pusat panggilan operasi itu menjalankan kegiatan penipuan tawaran kerja yang menyasarkan mangsa di Indonesia secara dalam talian menggunakan platform e-dagang.
"Selain itu, polis turut merampas 20 unit pelbagai jenis telefon bimbit serta tujuh unit komputer riba dan kesemua mereka direman tiga hari sehingga Khamis ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana tipu," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Zaid berkata orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kegiatan pusat panggilan ini boleh menghubungi hotline Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang di 03-89114242 atau menghubungi pegawai penyiasat kes Insp V. M. Tanaseelan.
Sementara itu, polis menahan tiga lelaki warga tempatan berusia 19 hingga 33 tahun kerana disyaki terlibat kegiatan pusat panggilan di sebuah kondominium di Jalan Yap Kwan Seng, pada kira-kira 12.30 tengah malam tadi.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Dellhan Yahaya berkata pihaknya turut merampas 42 unit perkakas dan peralatan dipercayai digunakan dalam kegiatan itu antaranya empat unit pemprosesan, empat unit monitor, 28 unit telefon bimbit dan sebuah komputer riba.
"Siasatan awal mendapati kegiatan ini, telah beroperasi selama sebulan yang menyasarkan mangsa dari luar negara dan kesemua tahanan berperanan mencari maklumat mangsa melalui Facebook dan maklumat itu disalur kepada satu sindiket lain bagi tujuan penipuan dalam talian," katanya.
Beliau berkata siasatan dijalankan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana tipu dan kesemua mereka direman selama empat hari sehingga Jumaat ini.
Selain itu, polis menasihatkan pihak pengurusan bangunan dan orang ramai untuk menyalurkan maklumat berkaitan penipuan secara dalam talian atau kegiatan jenayah dengan menghubungi IPD Dang Wangi di talian 03-26002222, Hotline Polis Kuala Lumpur di 03-2159999 atau balai polis berhampiran.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 15 2022

Polis turut merampas 20 unit pelbagai jenis telefon bimbit serta tujuh unit komputer riba. - Facebook Polis Daerah Kajang

Diskaun saman trafik sempena Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI
PDRM akan melaksanakan pengurangan kompaun saman trafik sehingga 50 peratus sempena Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI bermula 8 hingga 10 Dis ini.

Pelancong diberi kelonggaran isi MDAC di pintu masuk negara buat masa ini - Saifuddin Nasution
Buat masa ini, pelancong asing yang dikehendaki mengisi Kad Ketibaan Digital Malaysia (MDAC) tiga hari sebelum ketibaan mulai 1 Dis lepas, diberi kelonggaran berbuat demikian di pintu masuk negara.

Perkasa institusi Dewan Negara, jumlah ahli perlu ditambah
Seorang Ahli Dewan Negara hari ini mencadangkan bilangan senator di Dewan Negara ditambah seiring reformasi Parlimen seterusnya memperkasakan badan legislatif itu.
AWANI Ringkas: Bekas Menteri Pertahanan meninggal dunia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI 7:45 [4/12/2023] - Mohon batalkan keputusan Peguam Negara | Gaji minimum RM1,500
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Luqman Hariz
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
Majlis Peguam fail semakan semula DNAA Zahid Hamidi
Rafizi nafi buat pusingan U, kekal gaji maksimum bersama progresif
Gaji penjawat awam tahun depan, dijangka dinaikkan
Serangan darat Israel meningkat di Gaza
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
Majlis Peguam fail semakan semula DNAA Zahid Hamidi
Rafizi nafi buat pusingan U, kekal gaji maksimum bersama progresif
Gaji penjawat awam tahun depan, dijangka dinaikkan
Serangan darat Israel meningkat di Gaza
#AWANInews

Presiden Xi mahu Shanghai muncul sebagai metropolis antarabangsa
Presiden China Xi Jinping mahu Shanghai mempercepat pembinaan bandar itu sebagai metropolis antarabangsa yang moden.
Consider This: Charities (Part 1) — Strengthen Oversight to Build Public Trust
On November 23rd, the Malaysian Anti-Corruption Commission froze 41 bank accounts with over RM15 million registered under the NGO Aman Palestin following allegations of misappropriation of funds. This has raised pressing concerns about the oversight and management of charitable funds in the nation. On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks to Dr James Nayagam, Chairperson of the Suriana Welfare Society, an NGO promoting and protecting the rights of children in crisis.
AWANI Ringkas: Pemergian Chua Jui Meng
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Tiada peningkatan tahap radio aktif di perairan Malaysia
Sistem Pemantauan Air Spektrum Gamma (GSWMS) yang dipasang di perairan negara dalam tempoh 1 Okt hingga 30 Nov lepas mendapati tiada peningkatan aras keradioaktifan di perairan Malaysia.
COP28: Tabur janji, wang dan tuntut tindakan
Isu kewangan, perdagangan dan kesaksamaan gender menjadi fokus COP28 hari ini. Jurang kewangan untuk menghadapi perubahan iklim masih lagi menjadi cabaran utama.

Sebanyak 80 mangsa penipuan skim pelaburan gesa polis ambil tindakan segera
Kesemua mangsa telah membuat laporan polis sejak Mac lepas hingga bulan ini, namun masih belum ada sebarang tindakan.

Polis tahan keldai akaun sindiket penipuan pelaburan kripto
Polis menahan dua wanita disyaki menjadi keldai akaun kepada sindiket penipuan urusan pelaburan kripto tidak wujud sehingga menyebabkan kerugian lebih RM450,000 baru-baru ini.

Polis tumpaskan operasi pusat panggilan tawar pekerjaan tidak wujud kepada warga Britain
17 individu termasuk penyelia pusat panggilan yang merupakan warga tempatan berusia 35 tahun turut ditahan dalam serbuan.

Pelaburan tidak wujud, pengurus syarikat swasta rugi hampir RM600,000
Seorang pengurus syarikat swasta kerugian RM598,680 gara-gara terpedaya dengan pelaburan yang menjanjikan pulangan lumayan.

Polis tahan dua wanita dipercayai jadi keldai akaun
Wanita berusia 44 tahun itu didapati menjadi keldai akaun sindiket penipuan membabitkan urusan pelaburan dalam talian yang tidak wujud.

SC terima 2,873 aduan berkaitan scam setakat suku ketiga 2023
Aduan meningkat dengan ketara selepas penguatkuasaan dilakukan dan orang ramai diberi amaran supaya melaporkan tingkah laku mencurigakan.

Pusat panggilan judi: Polis Sarawak tahan 26 warga asing
Polis menahan 26 warga asing kerana disyaki terlibat dalam kegiatan pusat panggilan perjudian dalam talian, menerusi tiga serbuan di sekitar bandar raya itu, minggu lepas.

Pesara kerajaan berputih mata, rugi lebih RM80,000
Mangsa terpedaya dengan promosi yang menjanjikan pembinaan kediaman idaman pada harga mampu milik.

Wanita keldai akaun ditahan sebabkan kerugian RM38,000
Wanita berusia 49 tahun itu ditahan hasil risikan dan initipan yang dijalankan polis Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Barat Daya.

44 individu ditahan disyaki terlibat dengan sindiket penipuan panggilan
Penahanan mereka itu dibuat selepas satu serbuan yang dilakukan di dua unit kondominium di Jalan Tun Razak, pada Khamis.