NATIONAL
10 lokasi dipercayai dijadikan pusat kuarantin GISB di Malaysia, dua di Indonesia, Turkiye - KPN

Razarudin Husain berkata, daripada 10 pusat kuarantin itu hanya tiga pusat yang beroperasi manakala tujuh lagi sudah ditutup. - Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Siasatan mendapati terdapat 12 pusat kuarantin milik Global Ikhwan Services and Business (GISB) Sdn Bhd yang dipercayai dijadikan sebagai tempat indoktrinasi dan penderaan mental kepada ahli yang bermasalah.
Ringkasan AI
- Pusat Kuarantin GISB: Siasatan mendapati terdapat 12 pusat kuarantin milik GISB, dengan 10 di Malaysia dan dua di luar negara (Indonesia dan Turkiye). Hanya tiga pusat yang masih beroperasi, manakala tujuh lagi telah ditutup.
- Serbuan Polis: Tiga pusat kuarantin yang diserbu adalah di Air Bintan, Kota Tinggi; Labu Lanjut, Sepang; dan Batu Hampar, Perak. Namun, polis masih belum menemukan bukti bahawa lokasi tersebut dijadikan pusat kuarantin.
- Siasatan Terhadap Ibu Bapa: Ibu bapa kepada penghuni GISB yang diselamatkan akan disiasat kerana kemungkinan wujud elemen pengabaian, penderaan, atau penganiayaan.
"Tiga pusat kuarantin yang diserbu adalah Air Bintan, Kota Tinggi (Pusat Perniagaan & Ikhwan Resort), Labu Lanjut, Sepang dan Batu Hampar, Perak,” katanya ketika dihubungi di sini, pada Khamis.
Bagaimanapun, kata Razarudin, berdasarkan siasatan awal, polis sehingga kini masih belum menemukan sebarang elemen yang mengaitkan lokasi tersebut dijadikan sebagai pusat kuarantin.
Serbuan itu, ujarnya dilakukan hasil pendedahan yang dimuat naik Pusat Kajian Ajaran Sesat (PUKAS) dalam Facebook miliknya, sebelum ini.
Dalam perkembangan sama, beliau memberitahu, ibu bapa kepada penghuni GISB yang diselamatkan akan disiasat bagi kerana berkemungkinan wujud elemen pengabaian.
"Hal ini apabila wujud aduan berlaku pengabaian, penderaan atau penganiayaan oleh ibu bapa atau penjaga sehingga suatu siasatan menyeluruh dijalankan dan keputusan siasatan dibuat oleh pihak Jabatan Peguam Negara," ujarnya.
Beliau menjelaskan, mengikut Seksyen 25(2) Akta Kanak-Kanak 2001, mahkamah memberi kuasa kepada Jabatan Kebajian Masyarakat (JKM) melalui perintah jagaan sementara untuk menempatkan kanak-kanak tersebut di bawah jagaan mereka.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami