Usaha parti pembangkang mengadakan perhimpunan hari ini untuk membantah keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) kini melarat hingga wujudnya kumpulan yang berkemah di kawasan Padang Merbok.
Ini amat bertentangan dengan cadangan asal parti pembangkang yang hanya mahu mengadakan perhimpunan sehari di beberapa bandar di negara ini, dan ia sepatutnya berakhir hari ini setelah mereka bersetuju untuk mengangkat sumpah jawatan sebagai anggota Dewan Rakyat Isnin ini di Parlimen.
Ketua Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Kebangsaan Badrul Hisham Shahrin berkata sebanyak 10 badan bukan kerajaan (NGO) mendirikan 60 khemah di Padang Merbok, di sini selepas tamat perhimpunan haram Blackout 505 adalah untuk menyatakan bantahan mereka terhadap cara Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengendalikan PRU13.
Mereka yang terdiri daripada 245 anggota NGO serta anggota politik termasuk Anggota Parlimen Batu yang juga Naib Presiden PKR Tian Chua, akan berkemah di situ sehingga tuntutan mereka supaya pemimpin tertinggi SPR meletak jawatan.
Bercakap kepada pemberita, beliau berkata antara 10 NGO yang terlibat ialah SAMM; Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM); Asalkan Bukan Umno (ABU); Gabungan Profesional Menuntut Royalti;
Hak Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan (Royalti); Jeritan Rakyat Tertindas (Jerit); Ambang 13; Parti Sosialis Malaysia (PSM); Amuk; Pembebasan Bangsa; dan Pertubuhan Angkatan Belia Bersama Ulama (Panglima).
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapannya pada perhimpunan itu berkata pihaknya akan terus mengadakan perhimpunan seperti hari ini sehingga tuntutan pembangkang dipenuhi SPR.
Beliau berkata tiga tuntutan itu ialah meminta pemimpin tertinggi SPR meletak jawatan; mengadakan pilihan raya kecil di tempat-tempat yang didakwa oleh pembangkang berlaku penipuan; dan menghentikan usaha untuk persempadanan semula kawasan pilihan raya.
Turut hadir pada perhimpunan itu ialah penasihat DAP Lim Kit Siang, Presiden PKR Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dan timbalannya Azmin Ali, Pengerusi PKR Johor Datuk Seri Dr Chua Jui Meng dan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.
Walaupun keadaan berjerebu, ibu bapa masih membawa anak-anak mereka tanpa rasa bimbang mengenai kesan jerebu terhadap kesihatan anak-anak mereka.
Selain itu, tindakan mereka juga telah melanggar peraturan Akta Perhimpunan Aman 2012 iaitu kanakkanak di bawah 15 tahun menyertai perhimpunan, merekrut atau membawa kanak-kanak untuk perhimpunan boleh dikenakan tindakan undang-undang.
Jika disabit kesalahan mereka boleh didenda antara RM10,000 dan RM20,000.
Bernama
Sat Jun 22 2013
Pasaran IPO London merosot, persaingan sengit dari Timur Tengah dan Asia
Pasaran tawaran awam permulaan (IPO) London jatuh dengan ketara tahun ini lantaran penilaian rendah dan pelabur hilang selera terhadap pasaran semasa.
Kes VLN: 'Saya bersyukur, terima kasih kepada Allah' - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan rasa syukur selepas Mahkamah Rayuan hari ini membatalkan semua rayuan difailkan pihak pendakwaan.
PM Anwar ingatkan AI tidak menyebabkan kehilangan pekerjaan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan, penggunaan AI tidak akan menyebabkan kehilangan pekerjaan.
Selena Gomez umum pertunangan dengan Benny Blanco
Pengumuman pertunangan mereka dibuat melalui Instagram, di mana Selena memperlihatkan cincin bertatah berlian dengan kapsyen "Forever begins now".
Seorang kanak-kanak Israel cedera ditembak
Seorang kanak-kanak lelaki Israel berada dalam keadaan kritikal berikutan insiden tembakan di sebuah bas berhampiran Beit Jala, di Tebing Barat yang diduduki Israel.
Jurucakap Pusat Perubatan Hadassah, tempat mangsa dirawat, berkata kanak-kanak berusia 10 tahun itu menerima rawatan kecemasan di unit trauma bersama dua lagi mangsa dewasa.
Jurucakap Pusat Perubatan Hadassah, tempat mangsa dirawat, berkata kanak-kanak berusia 10 tahun itu menerima rawatan kecemasan di unit trauma bersama dua lagi mangsa dewasa.
RM100 juta diperuntuk tingkat minat murid dalam bidang STEM
Menurut Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh, sebanyak RM100 juta telah diperuntukan pada tahun 2024 untuk tujuan meningkatkan minat murid dalam bidang STEM.
Jelasnya, sebanyak 506 buah makmal sains dan 518 buah makmal komputer sedang diselenggara dan dinaik taraf untuk menjadikan pembelajaran STEM lebih menarik dan bermakna.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
Jelasnya, sebanyak 506 buah makmal sains dan 518 buah makmal komputer sedang diselenggara dan dinaik taraf untuk menjadikan pembelajaran STEM lebih menarik dan bermakna.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
Pembinaan RTS Link Johor Bahru-Singapura bagi kerja infrastruktur capai 95 peratus
Pembinaan Sistem Transit Rapid (RTS) Johor Bahru–Singapura berjalan mengikut jadual dengan tahap kemajuan mencapai 95 peratus bagi kerja-kerja infrastruktur setakat November lepas.
Apple Intelligence diaktifkan ke beberapa lagi negara tetapi tidak di Malaysia
Apple Intelligence boleh digunakan pada peranti tertentu seperti iPhone 15 Pro, iPhone 15 Pro Max, siri iPhone 16, Mac dengan cip Apple M, iPad dengan cip Apple M, dan iPad Mini dengan cip A17 Pro.
RUU Ombudsman Malaysia jangka dibentang tahun depan
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), M. Kula Segaran berkata pada masa ini, beberapa sesi bengkel cadangan dasar penubuhan Ombudsman telah diadakan dengan pihak-pihak berkepentingan, agensi kerajaan serta badan bukan kerajaan.
Kertas siasatan SD sokong Muhyiddin jadi PM dirujuk AGC
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam kenyataan bertulis di Parlimen berkata, AGC kemudiannya telah menyerahkannya kembali kepada pihak polis bagi siasatan lanjut.
Penafian Astro AWANI tentang laporan berkaitan Unit Amal ke Sweden
Gambar yang digunakan itu didapati merupakan suntingan grafik menggunakan latar belakang logo di laman web Astro AWANI.
Pemasangan pagar di Padang Merbok antara kaedah penyelenggaraan - Datuk Bandar
Penggunaan padang tanpa kawalan dan sistem teratur sebelum ini mengakibatkan kawasan hijau itu sering rosak.
Larian merentas desa KL kembali 11 Sept ini
Sejumlah 1,500 peserta dijangka akan mengambil bahagian menerusi 11 kategori termasuk kategori kanak-kanak.
Ini senarai 89 kawasan yang bakal berdepan gangguan air mulai pagi Selasa
89 kawasan di wilayah Gombak, Kuala Lumpur, Petaling, Klang dan Shah Alam akan mengalami gangguan air berjadual.
Undi 18: Lebih 200 peserta berhimpun aman, 'bersila' atas jalan selama 18 minit
Kumpulan tersebut yang bergerak dari Padang Merbok turut mengadakan bantahan dengan duduk di atas jalan raya selama 18 minit.
Bantah1050 serah memorandum tuntut kenaikan gaji minimum
Seramai 300 pekerja berarak menuntut agar gaji minimum dinaikkan kepada RM1,500 dari RM1,050.
Seronoknya Azrinaz bermandi tepung warna di Colour Run!
Hujung minggu lalu, acara jelajah The Colour Run Tropicolor singgah di Padang Merbok, Kuala Lumpur dan ia turut disertai Azrinaz. Meriah!
PAS jangka 200,000 hadiri perhimpunan RUU 355
PAS menjangkakan kira-kira 200,000 orang hadir Perhimpunan RUU 355 anjuran parti itu di Padang Merbok, Sabtu ini.
Bersih 5: Armand, Howard Lee ditahan polis
Exco Pemuda UMNO, Datuk Armand Azha Abu Hanifah ditahan ketika berhimpun di Padang Merbok di sini hari ini.
Penyunting video Astro Awani nyaris maut dihempap pokok tumbang di Jalan Parlimen
Seorang penyunting video Astro Awani nyaris maut apabila kereta yang dinaikinya dihempap pokok yang tumbang berhampiran Padang Merbok di Jalan Parlimen petang tadi.