Skip to main content

Malaysia

PM Anwar kecam insiden serangan terhadap anggota polis

Anwar berkata sebarang bentuk jenayah dan keganasan, terutama terhadap anggota penguat kuasa yang menjalankan amanah melindungi keselamatan rakyat, tidak boleh diterima sama sekali. - Foto fail/Astro AWANI
Anwar berkata sebarang bentuk jenayah dan keganasan, terutama terhadap anggota penguat kuasa yang menjalankan amanah melindungi keselamatan rakyat, tidak boleh diterima sama sekali. - Foto fail/Astro AWANI
Advertisement

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam kejadian seorang anggota polis yang putus pergelangan tangan kanan selepas diserang seorang lelaki warga asing di Kepong, petang Rabu.

Anwar berkata sebarang bentuk jenayah dan keganasan, terutama terhadap anggota penguat kuasa yang menjalankan amanah melindungi keselamatan rakyat, tidak boleh diterima sama sekali.

“Tindakan tegas mesti diambil terhadap sebarang perbuatan jenayah tanpa mengira siapa pelakunya demi mempertahankan kedaulatan undang-undang serta menjamin keselamatan anggota penguat kuasa yang bertugas.

Advertisement

“Saya mendoakan agar anggota berkenaan segera diberi kesembuhan,” kata beliau menerusi hantaran di Facebook, semalam.

Advertisement

Terdahulu, Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar berkata anggota polis yang putus pergelangan tangan kanan akibat diserang menggunakan parang itu kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

-- BERNAMA

 

 

 

Must Watch Video

Advertisement