10 pekerja, pemandu cedera bas kilang terbabas

Kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Gambar/ Bernama
KOTA TINGGI: Sepuluh pekerja kilang dan seorang pemandu warga emas cedera selepas bas yang mereka naiki hilang kawalan dan terbabas di Kilometer 48, Jalan Johor Bahru-Mersing, pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Yusof Othman berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kemalangan bas jenis Hino itu sekitar pukul 6.15 pagi.
"Bas yang dipandu lelaki berusia 75 tahun itu dipercayai hilang kawalan lalu terbabas. Akibatnya, pemandu bersama 10 penumpang mengalami kecederaan dan kini menerima rawatan di unit kecemasan Hospital Kota Tinggi," katanya dalam kenyataan hari ini.
Yusof berkata kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan sebarang maklumat mengenai kejadian boleh disalurkan kepada pegawai penyiasat trafik, Inspektor Muhammad Danial Syafiq Azahari, di talian 016-8738498.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


