awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelajar kolej komuniti maut dalam kemalangan libat tiga kenderaan
Projek baik pulih cerun VHF perkukuh keselamatan infrastruktur negara
Proton perluas strategi elektrifikasi dengan menceburi segmen PHEV
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

10 rumah setinggan atas air musnah terbakar di Tanjung Aru Baru

Bernama
Bernama
06/07/2021
04:55 MYT
10 rumah setinggan atas air musnah terbakar di Tanjung Aru Baru
Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dan punca serta anggaran kerugian masih dalam siasatan. - Bernama
KOTA KINABALU: Kira-kira 10 rumah setinggan atas air jenis tidak kekal, musnah dalam kebakaran di Kampung Tanjung Aru Baru, awal pagi hari ini.
Pusat Gerakan Operasi (PGO) Sabah dalam kenyataan memaklumkan, panggilan kecemasan mengenai kejadian itu diterima pada pukul 7.08 pagi melalui talian Malaysian Emergency Response Services 999 (MERS 999).
"Pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu digerakkan ke lokasi kejadian kira-kira 4km dengan dibantu BBP Penampang," menurut kenyataan itu hari ini.
Seramai 40 anggota bersama kekuatan logistik berjaya membuat pemadaman dengan teknik 'Offensive Firefighting/Fire Break' bagi mengawal kebakaran daripada merebak ke rumah berhampiran sekali gus menyelamatkan puluhan rumah daripada musnah.
Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dan punca serta anggaran kerugian masih dalam siasatan.
Sementara itu, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sabah dalam kenyataan berasingan memaklumkan dua daerah terlibat insiden kebakaran iaitu Kampung Panji Darat di Semporna semalam (5 Julai) dan Kampung Tanjung Aru Baru di Kota Kinabalu, hari ini.
Rentetan itu, sebuah pusat pemindahan Dewan Belia dan Sukan di Semporna dibuka bagi menempatkan 37 mangsa manakala di Kampung Tanjung Aru Baru, proses mengenal pasti mangsa kebakaran sedang dijalankan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kebakaran
#setinggan
#tanjung aru baru
#BBP
#bomba
#Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan