KUALA LUMPUR: Polis menahan 10 individu selepas disyaki terbabit dalam aktiviti parti liar di sebuah kondominium mewah di Jalan Imbi, di sini, semalam.
Hasil ujian air kecing ke atas mereka mendapati positif dadah.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah, berkata serbuan dilakukan jam 7.30 malam menerusi Op Pematuhan SOP yang dilakukan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.
Katanya, ketika serbuan, polis mendapati lima lelaki dan lima wanita tempatan berusia antara 18 hingga 40 tahun berada dalam satu unit kediaman yang disewa dengan bayaran RM260 untuk dua hari bagi tujuan berhibur.
Pemeriksaan juga mendapati salah seorang daripada mereka adalah penjawat awam dan seorang lagi bekas penjawat awam.
"Kesemua mereka yang ditahan adalah warga tempatan di mana seorang daripada mereka merupakan penjawat awam dan seorang lagi bekas penjawat awam yang telah dibuang kerja," katanya.
Mohamad Zainal berkata, kesemua mereka, yang merupakan pasangan kekasih, dikenakan kompaun sebanyak RM42,000.
"Dua daripada mereka dikenakan kompaun RM5,000 setiap seorang kerana didapati merentas daerah dari Kajang dan Sungai Buloh secara tidak sah manakala lapan lagi individu dikenakan kompaun RM4,000 setiap seorang kerana melanggar SOP.
"Jadi jumlah kompaun keseluruhan yang dikenakan ke atas kesemua individu terbabit adalah sebanyak RM42,000," katanya.
Polis turut merampas minuman keras dan pembesar suara ketika serbuan.
Kesemua tangkapan dibawa ke IPD Dang Wangi untuk tindakan lanjut.
Kes disiasat mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, Akta 342 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Astro Awani
Sat Jul 24 2021
Mohamad Zainal berkata, kesemua mereka, yang merupakan pasangan kekasih, dikenakan kompaun sebanyak RM42,000. - Astro AWANI
Kerajaan laksana Kajian Kebolehlaksanaan Lemon Law
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan melaksanakan Kajian Kebolehlaksanaan Lemon Law bagi memperkasakan hak pengguna di negara ini untuk menuntut ganti rugi.
Keberanian PM dalam isu Palestin wajar disokong dan dicontohi - YADIM
Sikap mempertahankan hak rakyat Palestin di persada dunia yang diperlihatkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim wajar diikuti oleh para pemimpin negara ini tanpa mengira parti.
Polis akan panggil pengusaha KK Mart
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memanggil pengusaha kedai serbaneka KK Mart yang menjual stoking bertulis kalimah Allah.
Kebenaran khas murid, guru pakai pakaian sukan - KPM
Semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) diminta untuk memberi pertimbangan kebenaran khas kepada murid, guru dan anggota kumpulan pelaksana memakai pakaian sukan yang sopan semasa cuaca panas berdasarkan kepada keperluan dan situasi semasa di institusi masing-masing.
MTDC dan Ideasparq Robotics perkenal teknologi robot pembersihan masjid
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC) dan Ideasparq Robotics Sdn Bhd melancarkan program mengimarahkan institusi masjid dengan penggunaan teknologi melalui perkenalan robot pembersihan buatan tempatan.
[TERKINI] Harga jualan runcit beras putih import turun kuat kuasa esok
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
(KPKM) ingin memaklumkan Pelarasan Harga Beras Putih Import (BPI) akan dilaksanakan mulai Rabu, 20 Mac 2024
(KPKM) ingin memaklumkan Pelarasan Harga Beras Putih Import (BPI) akan dilaksanakan mulai Rabu, 20 Mac 2024
Polis periksa kilang didakwa bungkus, edar stoking tertera kalimah Allah
Polis menjalankan pemeriksaan terhadap sebuah kilang yang dipercayai terlibat dalam membuat pembungkusan dan pengedaran stoking yang tertera kalimah Allah di KK Super Mart cawangan Bandar Sunway, Petaling Jaya.
Had laju tak naik, kekal 110 km/j
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke memaklumkan, kerajaan masih belum bercadang untuk meningkatkan had laju di negara ini.
Agenda AWANI: Isu keciciran pembelajaran, apa intervensi?
Apa penyelesaian terhadap isu keciciran pembelajaran dan kebimbangan ibu bapa khususnya mengenai aras kurikulum yang tinggi dan kandungan kurikulum yang didakwa kurang sesuai dengan usia murid? Diskusi 8.30 malam
Perak hilang hasil sekiranya moratorium eksport NR-REE dilaksana - MB
Kerajaan negeri Perak memohon pengecualian daripada moratorium pengeksportan bahan mentah unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE), kata Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad.
Parti liar: 11 warga asing termasuk 7 wanita berpesta dadah diberkas
Keasyikan sekumpulan warga asing berpesta dadah di sebuah kondominium di Bukit Tengah, Bukit Mertajam terbantut selepas premis berkenaan diserbu polis.
28 lelaki, wanita ditahan sertai parti liar di Genting Highlands
Seramai 28 lelaki dan wanita yang berada di bawah pengaruh dadah ditahan dalam parti liar di sebuah banglo di Genting Highlands, di sini, semalam.
Penganjur, pengunjung parti liar kolam renang dikompaun RM1.56 juta
Semua individu yang diperiksa didapati gagal mematuhi tetapan SOP MKN iaitu berkumpul di suatu tempat hingga menyukarkan penjarakan fizikal.
303 individu ditahan dalam parti liar kolam renang
Mereka yang ditahan terdiri daripada 161 lelaki dan 55 wanita warga asing serta 31 lelaki dan 56 wanita tempatan.
26 individu ditahan berpesta liar di kondominium mewah
Polis turut merampas pelbagai peralatan sistem audio yang diubah suai seperti digunakan pusat hiburan dan kesemua suspek kini ditahan reman.
Tiga pelajar antara 18 ditahan terlibat parti liar di Melaka
Ketika serbuan, kesemua individu berkenaan sedang leka dan khayal selain polis menemukan pembesar suara dipercayai untuk berparti.
Anjur parti liar, 13 remaja dikompaun RM4,000
Seramai 13 remaja dikompaun RM4,000 setiap dari mereka selepas ditahan menganjurkan parti liar di sebuah inap desa di Taman Permaipura awal pagi Selasa.
Parti liar: 2 anggota polis antara 14 ditahan di kondomium mewah
Dua anggota polis berpangkat Lans Koperal dan Konstabel Sokongan antara 14 individu ditahan polis dipercayai menyertai parti liar di sebuah kondominium mewah di Changkat Raja Chulan.
Dua penjawat awam antara 9 ditahan sertai parti liar di kondominium
Dua penjawat awam antara sembilan yang ditahan ditahan polis dalam serbuan ke atas sebuah parti liar yang diadakan di sebuah kondominium di sini pada awal pagi tadi.
Pelajar tingkatan satu, nenek antara ditahan polis sertai parti liar
Pelajar tingkatan satu dan nenek berusia 54 tahun adalah antara 17 individu yang ditahan polis kerana disyaki terbabit parti liar.