awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ahli akademik Switzerland minta penamatan perjanjian penyelidikan dengan Israel
Rumah Mesra Rakyat lambang simbol kestabilan hidup, masa depan lebih terjamin
Perbuatan sabotaj sasar rangkaian kereta api di Itali
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

10 wanita warga Indonesia ditahan dalam Op Noda di Jalan Petaling, Lebuh Pudu

Bernama
Bernama
27/10/2024
10:02 MYT
10 wanita warga Indonesia ditahan dalam Op Noda di Jalan Petaling, Lebuh Pudu
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa berkata kesemua mereka ditahan dalam serbuan bermula kira-kira 10 malam dan berusia 20-an hingga 30-an. - Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Polis menahan 10 wanita warga Indonesia dipercayai pelacur dalam serbuan di dua buah premis di kawasan Jalan Petaling dan Jalan Lebuh Pudu menerusi Op Noda, malam tadi.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa berkata kesemua mereka ditahan dalam serbuan bermula kira-kira 10 malam dan berusia 20-an hingga 30-an.
"Turut dirampas ialah kondom, botol minyak pelincir, tisu serta wang tunai.
"Siasatan awal mendapati kegiatan pelacuran di premis yang beroperasi bermula 5 petang itu mengenakan bayaran sekitar RM40 hingga RM50 bagi khidmat seks," katanya ketika dihubungi hari ini.
Rusdi berkata wanita berkenaan disyaki masuk sebagai pelancong untuk menjalankan kegiatan pelacuran jalanan secara bebas.
Beliau berkata serbuan dilakukan oleh Bahagian Pencegahan Judi, Maksiat dan Gangsterism (D7) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.
Kes disiasat mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63, katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Polis Kuala Lumpur
#wanita Indonesia ditahan
#op noda
#Jalan Petaling
#Jalan Lebuh Pudu
#khidmat seks
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan