awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengeluar komputer dijangka beralih kepada CXMT untuk bekalan memori pengguna
Valve tangguh pelancaran Steam Machine, Steam Frame akibat krisis komponen global
Suspek tular pegang parang, tunjuk jari tengah sudah ditahan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

100 anggota keluar parti, PPBM Klang lumpuh

Bernama
Bernama
14/01/2018
11:39 MYT
100 anggota keluar parti, PPBM Klang lumpuh
100 anggota PPBM yang meninggalkan parti itu mendakwa mereka penggerak parti yang bertanggungjawab dalam menjalankan kerja-kerja parti. - Gambar hiasan
Kira-kira 100 anggota Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Klang termasuk daripada sayap Pemudanya bertindak keluar parti dan menyertai UMNO selepas mendakwa hilang keyakinan terhadap pucuk pimpinan parti dan Pakatan Harapan.
Kumpulan itu yang diwakili Pembantu Wakil Pendaftaran Keahlian PPBM Klang Mohd Hazwan Zulkifly menyerahkan borang keanggotaan UMNO kepada Ketua UMNO Klang Datuk Nasarruddin M. Zin di Bangunan UMNO Klang, di sini hari ini.
Mengulas tindakan mereka kepada pemberita kemudian, Mohd Hazwan mendakwa mereka, termasuk beberapa individu yang memegang jawatan Exco Pemuda, muak dengan permainan politik pemimpin PPBM yang mementingkan diri dan kroni.
"Kami yang keluar PPBM ini merupakan penggerak parti yang bertanggungjawab dalam menjalankan kerja-kerja parti, dengan ini PPBM Klang telah lumpuh," dakwanya.
Menurutnya kegagalan kerajaan negeri Selangor yang diterajui Parti Keadilan Rakyat menangani isu-isu rakyat seperti air, sampah dan rumah mampu milik turut membuktikan pakatan pembangkang belum bersedia memimpin kerajaan persekutuan.
Sementara itu, Nasarruddin berkata pintu UMNO Klang sentiasa terbuka dan mengalu-alukan sesiapa sahaja yang mahu berkhidmat untuk rakyat menyertai UMNO.
Katanya, hanya UMNO dan Barisan Nasional sentiasa komited untuk berkhidmat kepada rakyat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#borang keanggotaan
#keluar parti
#Klang
#Mohd Hazwan Zulkifly
#Nasarruddin M Zin
#Pakatan Harapan
#PPBM
#Selangor
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan