KUALA LUMPUR: Kos sara hidup, harga barang dan inflasi merupakan isu paling utama yang harus diselesaikan pemimpin negara dalam Kerajaan Perpaduan.
Menerusi satu kajian firma penyelidikan O2 Malaysia dengan lima media arus perdana, seramai 80 peratus daripada 35,077 responden menyenaraikan isu tersebut sebagai kebimbangan utama mereka.
Kaji Selidik Tinjauan Rakyat Malaysia 100 Hari Pentadbiran Kerajaan Perpaduan itu juga mendapati 56 peratus responden mahu isu pendidikan diberi perhatian segera.
Manakala, seramai 53 peratus responden mahu peluang pekerjaan diberikan tumpuan selain kesihatan (52 peratus responden) dan 49 peratus mahu isu kestabilan politik diselesaikan secepat mungkin.
Selain lima isu tersebut, responden juga mahu Kerajaan Perpaduan memberi tumpuan untuk menyelesaikan isu lain seperti kadar upah (47 peratus), urus tadbir dan salah guna kuasa (44 peratus) dan kemiskinan (44 peratus).
Seramai 35,077 respon yang terdiri daripada pembaca dan pelayar agensi media dan berita dari seluruh negara mengambil bahagian dalam kaji selidik itu.
Kaji selidik tersebut merupakan kerjasama antara firma penyelidikan O2 Malaysia dengan lima media arus perdana iaitu Astro AWANI, Sinar Harian, The Star, Sin Chew dan Malaysia Namban.
Kutipan data untuk kajian telah dijalankan selama 10 hari bermula dari 6 Februari hingga 16 Februari.
Kabinet Perpaduan Nasional 2023
Astro Awani
Sun Feb 26 2023
Kaji Selidik Tinjauan Rakyat Malaysia 100 Hari Pentadbiran Kerajaan Perpaduan itu juga mendapati 56 peratus responden mahu isu pendidikan diberi perhatian segera. - Gambar hiasan
PRK Kuala Kubu Baharu: Boon Lai tarik diri saat akhir
Hasrat Chng Boon Lai menjadi salah seorang calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu tidak kesampaian.
PRK N06 KKB: Kerajaan Perpaduan akan dibebani dengan isu semasa - Muhyiddin
Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baharu kali ini akan menyaksikan Kerajaan Perpaduan ‘dibebani’ dengan isu-isu semasa yang dilihat membebankan rakyat, tegas bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
PRK N06 KKB: UMNO, BN dukung calon PH demi Kerajaan Perpaduan – Ahmad Zahid
UMNO dan Barisan Nasional berpegang kepada prinsip mendukung calon yang mewakili Kerajaan Perpaduan, iaitu Pang Sock Tao, biarpun beliau berasal daripada parti DAP yang pernah menjadi seteru mereka satu ketika dulu.
PRK Kuala Kubu Baharu: Isu akademik, Khairul Azhari mahu fokus pilihan raya
Calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu, Khairul Azhari Saut enggan mengulas kontroversi melibatkan kelayakan akademiknya yang tular.
AWANI Ringkas: Pertembungan PKR, PN, PRM & Bebas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Asia B-23: Empat senario Indonesia buru tiket Olimpik Paris
Indonesia kini boleh bermimpi untuk beraksi di pentas Sukan Olimpik Paris tahun ini kerana mereka sekurang-kurangnya telah dijamin aksi playoff menentang Guinea.
KPJ Healthcare, Trustr bergabung untuk revolusi penjagaan kesihatan
Kolaborasi itu akan memfokuskan kepada memanfaatkan rangkaian kesihatan digital inovatif Trustr yang dipacu teknologi AI.
UMT bakal miliki rumah alumni bernilai RM2.2 juta
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) merancang memiliki rumah alumni sebagai pusat sehenti, bagi memperkukuh jaringan kerjasama dengan bekas pelajar, industri dan universiti.
Piala Thomas: Pengalaman Aaron Chia-Soh Wooi Yik gagal ditandingi beregu Hong Kong
Hanya 26 minit sahaja diperlukan bekas juara dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk memastikan Malaysia meraih mata kedua dalam saingan Piala Thomas pagi tadi.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia berjaya meraih kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu 21-18, 21-18 dalam perlawanan Kumpulan D pagi tadi.
Kerajaan komited tangani isu kekurangan BPT guna kontrak beras import - PM Anwar
Perkara itu dilihat dapat diselesaikan menerusi kontrak kerajaan menggunakan beras import dalam menangani masalah kos sara hidup rakyat.
Kementerian Kewangan perincikan skop pengecualian cukai perkhidmatan dalam sektor logistik
Pengecualian cukai bagi sektor logistik dan penyenggaraan itu akan juga membantu memastikan sektor perkhidmatan negara terus berdaya saing.
23 lokasi di Pahang dipilih untuk program Jualan Makmur Aidilfitri 2024
Barangan keperluan dijual dan disubsidi oleh kerajaan negeri antara 15 hingga 30 peratus berbanding harga asal.
Kerajaan disaran beri bantuan tunai bulanan
Bantuan berkenaan berperanan membiayai kehidupan rakyat dan sekali gus dapat menggunakan wang tersebut membeli barang keperluan.
Kerajaan terus komited pastikan nilai ringgit terus mengukuh
Kerajaan menegaskan akan terus komited dalam memastikan prestasi nilai ringgit berada pada tahap lebih baik dan mengukuh, kata Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying.
'Tidak ada cara lain atasi kos sara hidup melainkan gaji dinaikkan' - Penganalisis
Tidak ada cara lain untuk atasi kos sara hidup melainkan dengan menaikkan kadar gaji.
Indikator baharu ukur tahap kos sara hidup rakyat dibangunkan - PM Anwar
NACCOL hari ini bersetuju agar DOSM membangunkan satu indikator baharu bagi mengukur tahap kos sara hidup rakyat hingga ke peringkat daerah.
NAFAS sebagai pengimport beras alternatif, dibincang dalam mesyuarat NACCOL esok
Cadangan menjadikan NAFAS sebagai alternatif pengimport beras serta pengeluar beras putih tempatan akan dibentangkan dalam mesyuarat NACCOL esok.
Sambutan Hari Pengguna tingkat advokasi, jaga hak pengguna
Sambutan tahun ini selari dengan matlamat Kementerian dalam menggerakkan agenda besar kepenggunaan yang responsif dengan tuntutan semasa.
Penerima pingat SP mohon kerajaan kaji, naikkan elaun
Penerima Darjah Kebesaran Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP) memohon kerajaan menaikkan elaun dinikmati penerima pingat.