KUANTAN: Sebanyak 23 lokasi di seluruh Pahang dipilih untuk program Jualan Makmur Aidilfitri 2024 peringkat negeri yang bertujuan mengurangkan beban dan kos sara hidup rakyat terutamanya dalam membuat persiapan menyambut Aidilfitri.
Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata menerusi Jualan Makmur ini barangan keperluan dijual dan disubsidi oleh kerajaan negeri antara 15 hingga 30 peratus berbanding harga asal.
"Jualan Makmur akan diadakan selama Iima hari bermula pada 3 hingga 7 April 2024 melibatkan beberapa premis (pasar raya dan dewan) di 23 lokasi di seluruh Pahang.
"Saya berharap rakyat Pahang mengambil peluang ini untuk bersama-sama menjayakan Jualan Makmur Aidilfitri 2024 yang sudah pastinya akan memberi manfaat kepada semua," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sebanyak 11 daerah terlibat dengan jualan ini, termasuk Bera, Bentong, Temerloh, Jerantut pada 3 hingga 4 April, Kuantan, Raub, Lipis, Cameron Highlands (5 hingga 6 April) dan Pekan, Maran serta Rompin pada 6 hingga 7 April.
Beliau berkata penganjuran program ini diselaraskan oleh Exco Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Pahang Sim Chon Siang dengan kerjasama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) serta pasar raya yang terlibat.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 30 2024
Jualan Makmur akan diadakan selama Iima hari bermula pada 3 hingga 7 April 2024 melibatkan beberapa premis (pasar raya dan dewan). - Foto Facebook/Wan Rosdy bin Wan Ismail
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
23 lokasi di Pahang dipilih untuk program Jualan Makmur Aidilfitri 2024
Barangan keperluan dijual dan disubsidi oleh kerajaan negeri antara 15 hingga 30 peratus berbanding harga asal.