HARI INI genap 100 hari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan di negara ini sejak pertama kali diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 18 Mac lalu.
Persoalannya adakah Malaysia sudah berjaya mengawal pandemik maut COVID-19 daripada menjadi lebih buruk dengan pelaksanaan PKP yang kemudian disambung dengan PKP Bersyarat (PKPB) seterusnya PKP Pemulihan (PKPP)?
PKP bertujuan mengehadkan pergerakan orang ramai untuk keluar rumah, yang turut menyaksikan semua premis di dalam negara terpaksa ditutup kecuali bagi perkhidmatan penting.
Selepas Malaysia melalui tiga fasa PKP, berdasarkan ranking dunia, Malaysia kini berada di tangga ke-69 daripada 187 negara yang terlibat dengan penularan wabak itu, berbanding tangga ke-17, sehari selepas PKP diumumkan.
Semalam, kes baharu COVID-19 kekal mencatatkan satu angka iaitu enam kes manakala jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan 244 kes manakala jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di Malaysia adalah 8,596 kes, serta sifar kematian menjadikan jumlah maut akibat wabak itu kekal 121 kes.
Kes terendah
Jumlah kes positif terendah dicatatkan pada 10 Jun lepas iaitu hanya dua kes dan ia mungkin petanda baik yang negara berada di landasan betul menuju sifar kes sekali gus bebas daripada COVID-19.
Anggota perubatan dan kesihatan misalnya terpaksa bekerja syif panjang sejak lima bulan lalu, selepas kes pertama COVID-19 dilaporkan di dalam negara iaitu pada 25 Januari, membabitkan tiga warga China yang masuk ke Malaysia melalui Johor dari Singapura.
Sepertimana orang awam, petugas kesihatan juga tidak lepas daripada rasa takut dan khuatir, malah ramai jururawat mahupun doktor menceritakan 'azab' memakai pakaian pelindung diri (PPE), selain ada yang langsung tidak bertemu dan memeluk anak kerana risau kemungkinan memindahkan virus tersebut kepada mereka.
Seramai 416 kakitangan Kementerian Kesihatan juga dijangkiti virus tersebut, iaitu 80 peratus daripada mereka mendapat jangkitan itu dari luar kemudahan kesihatan, manakala kira-kira 20 peratus lagi jangkitan daripada pesakit dan rakan sekerja.
Berbulan lamanya anggota pasukan keselamatan beruniform biru dan juga yang berceloreng tentera menjalankan rondaan misalnya di kawasan perumahan, selain berpanas berhujan tanpa mengira masa di sekatan jalan raya bagi menahan mereka yang tidak mempunyai justifikasi untuk keluar rumah.
Terkorban
Malah Koperal Safwan Muhammad Ismail, 31, maut selepas dirempuh sebuah kenderaan ketika bertugas menjaga sekatan jalan raya akibat kecederaan parah di kepala dan badan manakala seorang lagi cedera parah selepas khemah operasi runtuh disebabkan angin lintang dan hujan lebat.
Tidak ketinggalan agensi penguatkuasaan lain antaranya Agensi Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), pihak berkuasa tempatan (PBT), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan Jabatan Imigresen yang bekerja keras memastikan perang ke atas pandemik ini berjaya.
Operasi demi operasi juga menyaksikan ramai pendatang asing tanpa izin ditahan, kes jenayah di dalam negara juga berkurangan kerana keberadaan anggota penguat kuasa di mana-mana, selain kawalan persempadanan juga terus diperketatkan bagi mengelak negara dibolosi melalui 'lorong tikus'.
Sepanjang PKP juga Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan juga 'Jeneral Perang' - Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah tidak jemu menyampaikan pengumuman terbaharu selain nasihat supaya semu pihak patuh PKP dan SOP ditetapkan.
Mereka juga mengingatkan masyarakat untuk terus mengamalkan pendekatan normal baharu, ini tidak lain untuk memutuskan sama sekali rantaian jangkitan COVID-19 dan membebaskan rakyat Malaysia daripada virus maut itu.
Penghargaan
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 5 Jun lepas tidak lupa merakam penghargaan kepada semua petugas barisan hadapan, selain mengucapkan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang terus mematuhi SOP dalam menjalankan aktiviti harian sepanjang tempoh PKP dan PKPB.
Sepanjang fasa PKP juga, pelbagai bantuan dan kemudahan telah diberikan kerajaan termasuklah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang bertujuan untuk mengurangkan beban hidup serta sebagai rangsangan ekonomi.
Apapun, semua pihak harus terus berhati-hati , tidak mengambil mudah walaupun sudah banyak kelonggaran diberi kerajaan, saling mengingati antara satu sama lain mengenai SOP dan peraturan supaya Malaysia tidak kembali mencatat peningkatan kes dan akhirnya bebas daripada COVID-19. Ayuh Malaysia! Buktikannya!
-- BERNAMA / NORSHAZLINA NOR AZMAN
Bernama
Thu Jun 25 2020
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 5 Jun lepas tidak lupa merakam penghargaan kepada semua petugas barisan hadapan. -Gambar fail/ Bernama
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Tidak ambil gaji dan elaun, bukti komitmen Ramanan demi warga Sungai Buloh
Ramanan menjadi tumpuan umum selepas menyingkirkan Khairy Jamaluddin di Parlimen Sungai Buloh dalam pertarungan yang dianggap cukup sengit.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
Debut Sukan Olimpik 'langkah besar' dalam karier Nurul Izzah Izzati
Bintang muda berbasikal trek negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri menyifatkan penampilan sulungnya pada Sukan Olimpik 2024 di Paris sebagai 'langkah besar' dalam kariernya.
Warga MetMalaysia 'barisan hadapan' lindungi hidupan bumi
Warga MetMalaysia berperanan utama dalam memahami fenomena iklim seterusnya melindungi kehidupan di bumi.
Penang Internet Exchange perkasa masyarakat, pemangkin inovasi
Penubuhan PIX adalah rangkaian digital yang memperkasakan rakyat dan berfungsi sebagai pemangkin kepada inovasi, pertumbuhan ekonomi dan pembangunan infrastruktur di negeri ini.
FAM kunci mulut pengganti Elavarasan
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengambil pendekatan mengunci mulut berhubung calon jurulatih baharu ketua jurulatih skuad Bawah 23 tahun (B-23) kebangsaan.
Terima kasih jururawat, anda wira dan wirawati kami - Ismail Sabri
Jururawat menjadikan segalanya sebagai taruhan bukan sahaja masa tetapi kudrat mereka untuk menjamin kesihatan dan nyawa semua.
Jangan leka, patuh SOP, tingkatkan penilaian COVID-19
Khairy Jamaluddin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakyat Malaysia yang beragama Islam dan petugas barisan hadapan.
Agong zahir penghargaan kepada petugas barisan hadapan - PM
Seri Paduka juga ucap tahniah kepada kerajaan dalam menangani bencana banjir terutama dalam soal pengagihan bantuan yang pantas.
KKM mulakan pemberian dos penggalak vaksin COVID-19 untuk warga emas, barisan hadapan
Kementerian Kesihatan (KKM) akan memulakan dos penggalak vaksin COVID-19 bagi warga emas dan anggota barisan hadapan yang telah menerima dos lengkap sekurang-kurangnya enam bulan lepas.
Semangat menentang penjajah perlu diterap tangani COVID-19
Usaha menangani penularan COVID-19 tidak akan berjaya, jika tugas diserahkan kepada petugas barisan hadapan dan kerajaan semata-mata.
Program vaksinasi ImmuPlan akan ditambah baik - MB Johor
Tingkatkan bekalan vaksin bagi membantu barisan hadapan ekonomi Johor termasuk pekerja Malaysia dengan permit kerja sah di Singapura.