Kira-kira 100 orang kehilangan tempat tinggal selepas 31 rumah setinggan di Kampung Puah Bahagia, Sentul di sini, musnah dalam kebakaran awal hari ini.
Ketua Pusat Pergerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Samsol Maarif Saibani berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 12.50 tengah malam dan 10 jentera bomba bersama 65 anggota digegas ke tempat kejadian.
Walaupun pihak kami mengambil masa yang sangat singkat untuk sampai ke tempat kejadian, usaha memadamkan api tidak dapat dilakukan dengan pantas kerana ketiadaan pili bomba di situ, katanya kepada Bernama, di sini.
"Kami terpaksa mengambil air di kawasan perumahan Flat Bandar Baru Sentul yang jaraknya 500 meter dari tempat kejadian sebelum api berjaya dikawal sepenuhnya pada 2.30 pagi.
"Rumah yang terlibat hampir 100 peratus terbakar bagaimanapun tiada mangsa cedera dilaporkan," katanya.
Seorang mangsa S. Amaran, 47, berkata dia menyedari kebakaran itu pada 12.30 tengah malam selepas melihat asap keluar berkepul-kepul dari tingkap rumah jiran di hadapan rumahnya.
Dia kemudian menjerit "api, api" serta berlari mengetuk pintu rumah-rumah berhampiran kerana ketika kejadian kebanyakan penghuni sudahpun tidur.
Kami sukar nak padamkan api itu kerana bekalan air terputus sejak pukul 2 petang semalam dan api pula marak dengan cepat, katanya.
Dia turut mengalami kerugian hampir RM45,000 selepas gagal menyelamatkan semua barangan berharga termasuk motosikal dan barangan kemas.
Mohd Zakwan Aiman Mohd Tajudin, 23, pula berkata ketika kejadian dia sedang menonton televisyen apabila terdengar jeritan "api, api".
"Lepas itu, saya keluar dan nampak api sudah marak di rumah jiran saya menyebabkan saya pantas mengejutkan adik-beradik, ayah dan mak yang sedang tidur," katanya.
Menurut penuntut di sebuah universiti swasta itu rumah yang dipercayai punca kebakaran berkenaan ditinggalkan sejak pagi semalam oleh pemiliknya yang bercuti.
Bernama
Sun Aug 11 2013
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
300 stesen pengecasan EV akan ditambah dalam tempoh dua tahun - Ab Rauf
Kerajaan Melaka cadang tambah hingga 300 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) dalam tempoh dua tahun akan datang, kata Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh.
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
100 hilang tempat tinggal, 31 rumah setinggan terbakar di Sentul
Kira-kira 100 orang kehilangan tempat tinggal selepas 31 rumah setinggan di Kampung Puah Bahagia, Sentul di sini, musnah dalam kebakaran awal hari ini.