awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga maut, seorang cedera dalam insiden tembakan di New South Wales, Australia
Starmer bimbang penglibatan Putin dalam Lembaga Keamanan diperkenalkan Trump
Jururawat Jerman dipenjara mungkin dikaitkan dengan lebih 100 kematian - Pendakwa raya
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

100 Taksa tahfiz akan diwujudkan tahun depan - KP Kemas

Bernama
Bernama
06/09/2025
20:30 MYT
100 Taksa tahfiz akan diwujudkan tahun depan - KP Kemas
Mohd Hanafiah (dua, kiri) menyampaikan bantuan kepada usahawan bimbingan Kemas, Nurul Aziema Ghani pada Program Santunan Desa Kemas dan Wacana Ilmu Wanita Inspirasiku Peringkat Terengganu 2025 di Kampung Keluang, pada Sabtu. - Foto BERNAMA
JERTIH: Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) akan memperluaskan program tahfiz dikenali Thalatha Tis'a ke 100 Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) di seluruh negara mulai tahun depan.
Ketua Pengarah Kemas Datuk Mohd Hanafiah Man berkata program itu, yang mula diperkenalkan tahun ini, adalah kesinambungan kepada program Pra Tahfiz yang dilancarkan tahun lepas.
"Program ini diwujudkan bagi melahirkan generasi celik al-Quran seawal usia tiga tahun, manakala Pra Tahfiz bermula pada usia lima hingga enam tahun.
"Setakat ini, program rintis Thalatha Tis'a dilaksanakan di empat Taska iaitu di Besut, Hulu Terengganu, Dungun dan Putrajaya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Santunan Desa Kemas dan Wacana Ilmu Wanita Inspirasiku Peringkat Terengganu 2025 di Kampung Keluang di sini, pada Sabtu.
Beliau berkata seramai 1,000 kanak-kanak berusia tiga hingga empat tahun dijangka menyertai program itu di 100 Taska terbabit.
Bagi memastikan kelancaran pelaksanaan, katanya tenaga pengajar Taska Kemas terpilih akan menjalani kursus dan bengkel melalui kerjasama dengan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) serta Yayasan Pahang.
Mohd Hanafiah berkata sambutan dan maklum balas ibu bapa juga amat positif, sekali gus meningkatkan jumlah kemasukan ke Taska dan Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) Kemas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#UPSI
#Taska tahfiz
#Al-Quran
#Kemas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan