awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

102 pekerja tempatan yang dibuang kerja akan diambil semula oleh syarikat terlibat - Sivakumar

Bernama
Bernama
03/03/2023
13:00 MYT
102 pekerja tempatan yang dibuang kerja akan diambil semula oleh syarikat terlibat - Sivakumar
Seramai 102 pekerja tempatan yang dibuang kerja dan digantikan dengan pekerja asing di Pulau Pinang baru-baru ini akan diambil semula oleh syarikat terlibat, kata Menteri Sumber Manusia V Sivakumar. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Seramai 102 pekerja tempatan yang dibuang kerja dan digantikan dengan pekerja asing di Pulau Pinang baru-baru ini akan diambil semula oleh syarikat terlibat, kata Menteri Sumber Manusia V Sivakumar.
Beliau berkata pihaknya menerima maklumat mengenai isu berkenaan hari ini.
"Memang Jabatan Tenaga Kerja (JTK) telah mengambil tindakan dan menurut laporan yang diterima sebentar tadi, syarikat terlibat akan mengambil balik semua pekerja yang dibuang," katanya selepas merasmikan penginapan berpusat pekerja (CLQ) di Bangunan MOCCIS di sini, hari ini.
Sebelum ini, beliau memberi amaran keras agar majikan tidak menyalahgunakan Pelan Kelonggaran Penggajian Pekerja Asing yang dilancarkan pada 17 Jan lepas untuk menggantikan pekerja tempatan.
Beliau berkata majikan yang didapati bertindak sedemikian melanggar Seksyen 60M Akta Kerja 1955 dan boleh dikenakan penalti sehingga RM50,000 sekiranya didapati bersalah, selain kelulusan kuota pekerja asing yang diberikan turut dibatalkan.
Sementara itu, mengenai program hari ini, Sivakumar berkata CLQ akan dapat memastikan kebajikan pekerja perburuhan negara terjamin di samping memperkasakan kerancakan sektor berkenaan.
Katanya, CLQ merupakan prospek yang bukan sekadar berorientasikan keuntungan semata-mata tetapi juga memudahkan majikan dalam menempatkan dan mengurus tadbir pekerja.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pekerja tempatan dibuang kerja
#pekerja asing
#diambil semula
#Menteri Sumber Manusia V Sivakumar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan