Skip to main content
Advertisement

Malaysia

IPU tidak sihat di 16 stesen, Sibu catat bacaan tertinggi

Jerebu Dah Sampai Sibu, Jangan Tunggu Sampai Teruk Baru Berjaga-jaga  Jerebu rentas sempadan kini turut memberi kesan kepada beberapa kawasan di Sarawak, termasuk Sibu._FB Sibu Terkini
Sibu di Sarawak mencatat bacaan tertinggi iaitu 174. - Foto fail
Advertisement

KUALA LUMPUR: Sebanyak 16 stesen pemantauan kualiti udara di seluruh negara merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat jam 6 pagi ini, dengan Sibu, Sarawak mencatat bacaan tertinggi iaitu 174, menurut Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara (APIMS).

Berdasarkan data APIMS, Sri Aman merekodkan bacaan 167, diikuti Mukah (166), Kapit (160) dan IPD Serian (159), sekali gus menjadikan Sarawak negeri yang paling terjejas akibat jerebu ketika ini.

Di Semenanjung, Putrajaya merekodkan bacaan IPU 154, kekal dalam kategori tidak sihat.

Bacaan antara 101 hingga 200 dikategorikan sebagai tidak sihat, manakala bacaan 201 hingga 300 adalah sangat tidak sihat.

Orang ramai, khususnya kanak-kanak, warga emas dan individu yang mempunyai masalah pernafasan atau jantung, dinasihatkan mengurangkan aktiviti di luar rumah serta mendapatkan maklumat terkini menerusi portal APIMS.

 

 

Must Watch Video

Advertisement