awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Nawal Shahirah sudah ditemui dalam keadaan selamat
Presiden Filipina Marcos kata kesihatan semakin baik, doktor berikan penilaian positif
Sekatan perpindahan pemain Kelantan TRW ditarik balik - MFL
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

104 warga asing ditolak masuk dalam tempoh 24 jam - AKPS

Astro Awani
Astro Awani
30/08/2025
10:10 MYT
104 warga asing ditolak masuk dalam tempoh 24 jam - AKPS
AKPS merekodkan pemeriksaan terhadap 54,947 pelawat antarabangsa yang tiba dan berlepas menerusi Terminal 1 dan Terminal 2. - Gambar hiasan
SEPANG: Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) menolak kemasukan 104 warga asing yang gagal memenuhi syarat ditetapkan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dalam tempoh 24 jam.
Dalam kenyataan pada Sabtu, AKPS merekodkan pemeriksaan terhadap 54,947 pelawat antarabangsa yang tiba dan berlepas menerusi Terminal 1 dan Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA.
“Majoriti daripada yang ditolak terdiri daripada warganegara Bangladesh, India dan Pakistan yang didapati gagal mengemukakan tujuan kemasukan yang jelas.
“Selain itu, mereka juga tidak mempunyai penginapan atau tiket pulang yang sah, malah memberikan alasan meragukan ketika diminta menjelaskan tujuan berada di Malaysia,” katanya.
Pada masa sama, AKPS KLIA turut berusaha menghantar pulang 288 pelawat lain yang masih berada di lapangan terbang selepas tidak dibenarkan masuk.
Kenyataan itu juga berkata, kemasukkan ini melibatkan 362 ketibaan penerbangan antarabangsa dan pelepasan 361 penerbangan antarabangsa.
Berdasarkan rekod, Terminal 1 KLIA mencatatkan ketibaan 218 pesawat dengan 33,470 pelawat, manakala pelepasan 218 pesawat membabitkan 33,338 pelawat.
Sementara itu, Terminal 2 merekodkan ketibaan 144 pesawat dengan 21,477 pelawat dan pelepasan 143 pesawat dengan 21,828 pelawat.
AKPS menegaskan pihaknya akan terus mengambil tindakan tegas demi memastikan keselamatan dan integriti pintu masuk negara sentiasa terpelihara serta memastikan hanya pelawat yang layak dibenarkan memasuki Malaysia.
Topic Berkaitan
#Akta Imigresen
#warga asing
#KLIA
#AKPS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan