PELABUHAN KLANG: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Klang mengenal pasti 11 kawasan yang berisiko banjir susulan fenomena air pasang besar, pada 4 hingga 7 Nov nanti.
Kawasan-kawasan tersebut adalah Kg Tok Muda, Kg Sg Pinang di Pulau Indah, Pandamaran, Taman Selat Damai di Pelabuhan Klang, Kg Sg Serdang, Ban Sementa, Ban Sg Keramat, Kampung Perepat, Pelabuhan Utara, Telok Gong dan Pulau Ketam.
Bercakap kepada pemberita selepas melawat kawasan-kawasan berisiko tinggi banjir di sini, Pemangku Pengerusi JPBD Klang Mohd Shahrizan Mohd Salleh berkata pasukan tinjauan dari pelbagai agensi akan diaktifkan dalam tempoh tersebut.
"JPBD Klang telah mengambil beberapa langkah persediaan antaranya pemberian taklimat persediaan menghadapi banjir dan tatacara pengoperasian 71 pusat pemindahan sementara (PPS) untuk memastikan mangsa banjir patuh akan prosedur operasi standard serta mengaktifkan Bilik Gerakan Bencana Daerah," katanya hari ini.
"JPBD Klang telah mengeluarkan arahan kepada pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Majlis Perbandaran Klang (MPK), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) supaya sentiasa menyelenggara dan membersihkan semua sistem saliran di bawah bidang kuasa pentadbiran masing-masing bagi mengelakkan berlakunya banjir kilat," katanya.
Beliau berkata sebagai contoh pihak MBSA telah membuat sewaan pam air dan membina kolam tadahan sementara bagi menghadapi bencana banjir akan datang.
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, monsun timur laut atau musim tengkujuh di Malaysia dijangka bermula pada 3 Nov dan berterusan hingga Mac 2022 dengan empat hingga enam episod hujan lebat dijangka berlaku dalam tempoh tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 02 2021
Menurut MetMalaysia, musim tengkujuh di Malaysia dijangka bermula pada 3 Nov dan berterusan hingga Mac 2022 dengan empat hingga enam episod hujan lebat dijangka berlaku dalam tempoh tersebut. - Gambar hiasan
AirAsia terus sokong inisiatif FLYsiswa, permohonan baucar kini dibuka
Pelajar kini punya akses ke 47 laluan di seluruh rangkaian domestik AirAsia, menghubungkan Semenanjung ke Sabah, Sarawak dan Labuan.
Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura dapat tarik FDI daripada syarikat multinasional - Maybank IB
Johor mempunyai tenaga buruh yang kompetitif, tanah yang banyak dan sumber tenaga yang lebih murah.
UTM optimis pacu teknologi AI negara, lahir tenaga mahir
Inisiatif kolaboratif dengan institusi akademik lain dikenali sebagai Konsortium AI Malaysia turut diperkenal.
337 stesen pemancar 5G beroperasi di Pahang
Baki 24 struktur disasarkan untuk disiapkan menjelang penghujung suku kedua tahun ini sekali gus menepati sasaran liputan 5G di kawasan berpenduduk.
Dua dokumentari warisan Malaysia disenarai dalam MOWCAP
Dua dokumentari itu ialah At-Tarikh Salasilah Negeri Kedah: Genealogical History of Kedah State dan The Royal Correspondence of Baginda Omar.
Ibu bapa berperanan penting dalam tumbesaran kanak-kanak
Beliau berkata pelbagai masalah mungkin timbul, sekiranya kanak-kanak tidak mendapat perhatian yang cukup daripada ibu bapa.
10 pekerja maut dalam letupan kilang mercun di India
Sekurang-kurangnya 10 pekerja termasuk enam daripadanya wanita terbunuh dalam letupan di kilang mercun berlesen di kampung Sengamalapatti di Sivakasi, Tamil Nadu, India.
Filipina gesa diplomat China diusir
Ia berhubung dakwaan kebocoran perbualan telefon dengan seorang pegawai tentera Filipina berhubung perbalahan di Laut China Selatan.
Astro Kem Badminton singgah di Johor Bahru
Dengan kerjasama Felet dan Carrie Bacbuster, peserta diuji dengan latihan intensif dengan harapan akan terpilih ke kem latihan bersama Akademi Badminton Malaysia (BAM).
61 maut akibat strok haba di Thailand
Kementerian Kesihatan hari ini memaklumkan, kematian akibat strok haba di Thailand setakat tahun ini adalah 61 kes, lebih banyak daripada angka keseluruhan direkodkan tahun lalu.
KPDN tumpas kegiatan seleweng diesel subsidi di Klang
Serbuan anggota penguat kuasa daripada KPDN Putrajaya itu membawa kepada penahanan dua lelaki tempatan bagi membantu siasatan.
Jabatan Imigresen tahan 48 pendatang tanpa izin di Klang
Jabatan Imigresen (JIM) menyerbu sebuah kilang barangan kitar semula menahan 48 pendatang asing tanpa izin di Klang, semalam.
Pusat jagaan, rawatan ibu bersalin tanpa lesen diserbu
Sebuah pusat jagaan dan rawatan ibu bersalin beroperasi secara haram di Bandar Bukit Raja Klang digempur pihak berkuasa.
Pesawat terhempas di Klang: Proses bedah siasat dilakukan 8 pagi Rabu
Proses bedah siasat kedua-dua mangsa nahas pesawat ringan di di Kampung Tok Muda, Kapar akan dilakukan pada 8 pagi Rabu di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang.
Pesawat terhempas di Klang: Mayat mangsa dihantar ke HTAR untuk bedah siasat
Mayat kedua-dua mangsa yang terlibat dalam nahas udara di Kampung Tok Muda, Kapar, telah berjaya dibawa keluar dari bangkai pesawat ringan kira-kira jam 7.55 malam Selasa.
KPDN Selangor rampas 6,800 paket minyak masak
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor merampas 6,800 paket minyak masak bersubsidi bersaiz satu kilogram (kg) dalam serbuan di sebuah premis di Klang.
Klang diisytihar Majlis Bandaraya Diraja
Pemasyhuran itu menjadikan pihak berkuasa tempatan (PBT) tersebut satu-satunya yang mempunyai status Diraja di negara ini.
'Jangan samakan Klang dengan Colombia' - Ketua Polis Negara
Polis Diraja Malaysia (PDRM) komited dalam usaha memadamkan persepsi negatif orang ramai berkaitan bandar Klang yang sering disebut sebagai 'bandar Colombia'.
Air pasang besar: Keadaan terkawal di Klang - MPK
Pemantauan Pasukan Pantas MPK melibatkan beberapa kawasan di Klang Selatan dan Klang Utara
Penganggur dipenjara 15 tahun rogol anak kenalan
Seorang penganggur dihukum penjara 15 tahun dan tiga sebatan selepas didapati bersalah merogol anak kenalannya.