KLANG: Kegiatan sebuah pusat jagaan dan rawatan ibu bersalin beroperasi secara haram di Bandar Bukit Raja dekat sini mengundang padah apabila digempur pihak berkuasa pada Isnin.
Serbuan kira-kira jam 12.45 tengah hari itu dijalankan dalam satu operasi penguatkuasaan oleh Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK).
Pengarah Komunikasi Korporatnya, Norfiza Mahfiz berkata, operasi itu dijalankan hasil risikan dan maklumat awam.
"Siasatan lanjut mendapati kediaman yang dijadikan premis perniagaan itu beroperasi tanpa lesen perniagaan sah," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Norfiza memberitahu, MBDK mengeluarkan satu kompaun kepada wakil syarikat itu iaitu pekerja premis terbabit.
"Ini kesalahan serius kerana melibatkan bayi dan ibu yang melahirkan anak selain mendatangkan risiko jika berlaku kecuaian,” ujarnya.
Dalam pada itu, Norfiza berkata, kes disiasat mengikut Undang-Undang Kecil (UUK) 3 (1) UUK Pusat Kecantikan Dan Penjagaan Kesihatan (MPK) 2013.
Beliau berkata, pihaknya turut menyerbu premis industri yang beroperasi tanpa lesen dan menyebabkan kacau ganggu di Jalan Haji Abdul Manan dekat sini.
"Dua kompaun di bawah UUK3 Undang Undang Kecil Pelesenan Tred Perniagaan dan Perindustrian (MPK) 2007 turut dikeluarkan atas kesalahan itu.
"Penguatkuasaan seumpama itu akan diteruskan dan MBDK tidak akan berkompromi terhadap pihak yang ingkar peraturan ditetapkan," jelasnya.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Feb 28 2024
Pusat jagaan dan rawatan ibu bersalin haram yang diserbu MBDK di Klang pada Isnin. - Foto Sinar Harian
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta, ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas kerugian RM1,590,800 apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Pusat jagaan, rawatan ibu bersalin tanpa lesen diserbu
Sebuah pusat jagaan dan rawatan ibu bersalin beroperasi secara haram di Bandar Bukit Raja Klang digempur pihak berkuasa.