awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
Rakyat Malaysia hadapi kesukaran berpindah dinasihat hubungi kedutaan di Phnom Penh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Klang diisytihar Majlis Bandaraya Diraja

Nursyazwani Saiful Sham
Nursyazwani Saiful Sham
05/02/2024
04:05 MYT
Klang diisytihar Majlis Bandaraya Diraja
Pemasyhuran itu menjadikan pihak berkuasa tempatan (PBT) tersebut satu-satunya yang mempunyai status Diraja di negara ini. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Isnin memperkenan mengisytiharkan Klang sebagai Majlis Bandaraya Diraja Klang.
Pemasyhuran itu menjadikan pihak berkuasa tempatan (PBT) tersebut satu-satunya yang mempunyai status Diraja di negara ini.
Titah baginda, Yang dipertua Majlis Perbandaran Klang hendaklah ditafsirkan sebagai Datuk Bandar Majlis Bandaraya Diraja Klang, manakala Ahli-Ahli Majlis Perbandaran Klang hendaklah ditafsirkan sebagai Ahli-Ahli Majlis Bandaraya Diraja Klang.
Susulan itu, Datin Paduka Noraini Roslan dilantik sebagai Datuk Bandar Majlis Bandaraya Diraja Klang.
Majlis tersebut berlangsung di Hotel Wyndham Acmar, Klang pada Isnin.
Acara bersejarah itu turut dihadiri Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari serta barisan kepimpinan Kerajaan Negeri.
Julai tahun lalu, Kerajaan Persekutuan mengumumkan Majlis Perbandaran Klang dinaik taraf kepada bandar raya sekaligus menjadi pihak berkuasa tempatan ke-20 memperoleh status berkenaan.
Berikutan itu, Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri menyalur peruntukan RM34.6 juta untuk menambah baik kemudahan awam di Klang antaranya pasar, tandas awam dan laluan pejalan kaki.
Topic Berkaitan
#Klang
#pbt
#Majlis Bandaraya Diraja Klang
#Sultan Sharafuddin Idris Shah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan